web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rogol 2 Anak, Bapa Dipenjara 36 Tahun, 20 Sebatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 3:58PM

Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan lelaki itu untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya.

Hakim Kamaludin yang mengetuai panel, mengurangkan tempoh penjara kepada 18 tahun dan mengurangkan bilangan sebatan kepada 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.  

 Lelaki berusia 42 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Segamat di Johor pada 20 Mei, 2020 selepas beliau mengakui bersalah terhadap dua pertuduhan rogol.

Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan hukuman itu selepas permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Dis, 2020.

Bapa kepada lima orang anak itu mengaku bersalah merogol anak perempuannya berusia 15 tahun pada pertengahan 2017 dan anak perempuannya berumur 13 tahun pada Januari, 2020.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan secara berasingan dari tarikh tangkapan 19 Mei, 2020.

Peguam Ameerul Aizat Noor Haslan memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara ke atas anak guamnya itu atas alasan hukuman itu berlebihan. Beliau juga meminta 24 sebatan tersebut dikurangkan.

Timbalan pendakwa raya Fauziah Daud berkata hukuman penjara lelaki itu wajar dijalankan secara berasingan kerana ia melibatkan dua mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek