web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Ulangi Gesaan Penubuhan Dana Monetari Asia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 3:33PM

Anwar Ibrahim hari ini mengulangi gesaan penubuhan Dana Monetari Asia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO (Indonesia) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi gesaan penubuhan Dana Monetari Asia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini.  

Beliau berkata dana yang dicadangkan itu boleh menjadi mekanisme serantau yang dapat memahami lebih baik lagi realiti dan keperluan negara anggota ASEAN serta mencadangkan langkah-langkah pemulihan yang lebih sesuai. 

Menerusi ucapan beliau pada sesi pembukaan dan pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 2023, disini, Anwar menyambut baik deklarasi para pemimpin untuk menggerakkan kesalinghubungan pembayaran serantau dan menggalakkan urus niaga mata wang tempatan.

Inisiatif itu, katanya, akan dapat meningkatkan penggunaan mata wang tempatan untuk menyokong pelaburan dan perdagangan rentas sempadan di ASEAN. 

Mengenai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025, Perdana Menteri berkata, ASEAN perlu dapat mempamerkan keyakinan dan kesediaan yang lebih tinggi untuk merebut peluang bagi membawa perubahan positif kepada rakyat dan rantau ini.  

Rantau ini akan menerima pakai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025 dalam masa dua tahun lagi untuk melakarkan laluan strategik ASEAN bagi tempoh dua dekad akan datang.

“Visi ASEAN pasca 2025 seperti yang dibincangkan oleh kumpulan tokoh-tokoh terkemuka pada peringkat awal perbincangan perlu mengutamakan keperluan dan kesejahteraan rakyat kita dalam agenda penyepaduan serantau,” katanya. 

Anwar berkata, visi itu juga perlu memberikan penekanan kepada keterangkuman, kemampanan, transformasi dan responsif serta menambah baik kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN. 

Selain itu, katanya, ia juga perlu mengukuhkan geopolitik dan geoekonomi ASEAN dan membentuk ketertiban antarabangsa yang adil dan beretika. 

"Saya fikir visi itu nampaknya sangat konsisten dalam apa yang kita panggil di Malaysia sebagai Malaysia Madani," katanya.

Perdana Menteri dan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak itu untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama kepada perkumpulan serantau tersebut.

Sebanyak lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini.

Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Horn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad