web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Asing Berkelakuan Jelik Di Tempat Ambil Wuduk BSI Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 9:22AM

Kamarul Zaman Mamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki warga asing berusia 69 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden terbabit pada pukul 4.36 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencingnya negatif,” katanya dalam kenyataan, lewat malam tadi.

Menurutnya, permohonan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Susulan itu, katanya, orang ramai dinasihati agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatan tidak senonoh itu. 

Malah sebelum itu, seorang wanita dipercayai warga asing yang kencing merata-rata di sekitar bangunan CIQ di BSI, Johor Baru dikecam hebat netizen selepas video tersebut tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tidak senonoh wanita terbabit.

“Tandas depan sikit je tu pun malas nak jalan? Belum tandas awam lagi, lepas guna tak nak flush, tahu pula lepas kencing dan berak nak cuci tangan,” kata Chim Bhim.

“Aduhai tak habis keluar lagi ni dah ada orang datang potong betullah,” sindir seorang netizen.

Ini bukan pertama kali kejadian membabitkan warga asing membuang air merata-rata di sekitar pintu masuk dan keluar Malaysia dan Singapura.

Pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). – Getaran, 10 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi