web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sasaran Liputan 5G Sebanyak 80 Peratus Pada Akhir Tahun Dalam Capaian - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 12:03PM

Pelaksanaan 5G di negara ini telah mencapai 57.8 peratus setakat ini manakala liputan rangkaian 4G negara merangkumi 96.92 peratus di kawasan berpenduduk sehingga Mac lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) boleh menggunakan tapak 4G sedia ada untuk mencapai sasaran liputan 5G sebanyak 80 peratus menjelang akhir tahun, kata penganalisis.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Tharek Abdul Rahman berkata pelaksanaan 5G di negara ini telah mencapai 57.8 peratus setakat ini manakala liputan rangkaian 4G negara merangkumi 96.92 peratus di kawasan berpenduduk sehingga Mac lepas.

“Oleh itu, DNB dan MNO boleh menggunakan tapak sedia ada untuk rangkaian 4G bagi mencapai baki sasaran 22.2 peratus untuk liputan 5G. Tapak 4G ini dapat mempercepatkan sasaran liputan yang lebih baik daripada melancarkan tapak baharu, yang memerlukan kelulusan dan sebagainya.

“Selain itu, kekerapan yang digunakan untuk 5G adalah tidak berbeza dengan frekuensi 4G,” katanya kepada Bernama.

Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan pelancaran 5G untuk mencapai 80 peratus liputan 5G pada akhir 2023, iaitu setahun lebih awal daripada jadual DNB.

Tharek berkata sasaran semasa boleh dicapai berdasarkan kejayaan ketersediaan perkhidmatan 5G secara komersial di kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

“Baki 22.2 peratus boleh dicapai mengambil kira apa yang telah dilaksanakan sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Utama GlobalData Alfie Amir berpendapat bahawa DNB, yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam mencapai sasaran liputan sebelum ini, boleh mencapai sasaran akhir tahun dengan menggunakan 700MHz, iaitu jalur frekuensi yang rendah menawarkan penembusan liputan yang lebih baik. 

“Mencapai liputan 80 peratus adalah penting bagi Malaysia untuk terus bersaing dengan negara-negara jiran.

“Selain itu, perluasan liputan 5G akan merangkumi kawasan komersial terpencil seperti kilang pembuatan, ladang pertanian, pelabuhan dan tapak perlombongan.

“Teknologi penting untuk industri ini kerana ia dapat mengupayakan pelbagai aplikasi perindustrian baharu seperti operasi dan penyelenggaraan jauh melalui robot, peralatan yang berhubung, AR/VR, automasi masa nyata dan pengawasan yang didayakan AI,” katanya. - Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan