Berita Terkini

4 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 4 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 4 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 4 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 4 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


KKM Terus Langkah Kawalan COVID-19 Berdasarkan Protokol Semasa – Menteri

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 4:28PM

KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19, dengan merujuk kepada kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berdasarkan protokol sedia ada di Malaysia.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia susulan pelaksanaan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 di negara ini yang dijangka, dilaksanakan pertengahan Jun nanti.

Katanya, penilaian itu bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan untuk menentukan hala tuju seterusnya.

“Di samping itu, KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19, dengan merujuk kepada kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19.

“KKM sentiasa komited dan akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan optima, bagi memastikan kesihatan serta kesejahteraan penduduk Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Darurat International Health Regulations (2005) (IHR) pada 4 Mei lalu bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan awam, mengambilkira tren global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian COVID-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 tinggi.

Ujarnya, kebolehcapaian kepada diagnosa, rawatan dan vaksin turut menjadi penyumbang kepada pengisytiharan itu.

“Pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan ia tidak menyebabkan jangkitan COVID-19 yang teruk.

“Walaupun virus SARS-CoV-2 masih berada dalam persekitaran dan akan terus berevolusi, tetapi ia tidak lagi menjadi suatu kejadian luar jangka (unexpected) atau luar biasa (unusual),” katanya.

Dr Zaliha berkata, pemantauan KKM mendapati sebanyak 7,596 kes COVID-19 dilaporkan sehingga sehingga Minggu Epidemiologi ke-18 (ME 18/2023), iaitu dari 30 April hingga 6 Mei lalu.

Peratusan kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 18/2023, katanya, meningkat sebanyak 53.1 peratus, berbanding 4,963 kes dilaporkan pada ME 17/2023 (23 hingga 29 April 2023).

“Kadar kemasukan pesakit COVID-19, termasuk pesakit disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan awam juga, menunjukkan peningkatan daripada 5.8 kepada 7.2 bagi setiap 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi 18/2023, berbanding ME 17/2023.

“Bagaimanapun, keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas,” katanya.

Dr Zaliha berkata, seperti sedia maklum, KKM sudah melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun depan.

“Justeru, berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19, status kawasan tempatan jangkitan ini akan diteruskan.

“Pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan adalah perlu bagi memenuhi keperluan isolasi atau pengasingan kes COVID-19 di mana-mana tempat, selain hospital dan keperluan majikan menanggung kos rawatan serta pengujian COVID-19 yang diarahkan pegawai diberi kuasa untuk dijalankan kepada pekerjanya,” katanya.

Pada 4 Mei lalu, WHO mengisytiharkan COVID-19 yang mula ‘menyerang’ dunia sejak kira-kira tiga tahun lalu tidak lagi menjadi masalah kecemasan kesihatan global.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pengisytiharan itu dibuat selepas beliau menerima syor daripada Jawatankuasa Kecemasan #COVID-19.

“Semalam (4 Mei) Jawatankuasa Kecemasan #COVID-19 bermesyuarat buat kali Ke-15, sebelum mengesyorkan saya mengisytiharkan berakhirnya kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.

“Saya sudah mengambil nasihat itu. Dengan penuh harapan saya mengisytiharkan penamatan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global,” katanya menerusi Twitter pada 5 Mei lalu.

COVID-19 atau turut dikenali sebagai koronavirus, mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China dan diiktiraf sebagai pandemik oleh WHO pada 11 Mac 2020.

Virus COVID-19 menular antara individu melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.

Akibat penularan meluas di seluruh dunia sehingga menyaksikan kes jangkitan dan kematian meningkat ketara, usaha mencegah penyebaran COVID-19 dilaksanakan, termasuk menerusi sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan dan pembatalan acara serta penutupan kemudahan.

Malah, penularan COVID-19 membawa kepada gangguan sosioekonomi global, termasuk aktiviti sosial, selain penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan serta kesukanan

Jangkitan itu turut menular di Malaysia dan menyaksikan ia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kematian paling tinggi akibat penyakit tersebut di Asia Tenggara, selepas Indonesia dan Vietnam.

Setakat 22 April lalu, sebanyak 5,066,877 kes direkodkan di Malaysia dengan sebanyak 5,015,705 kes sembuh sepenuhnya dan 37,011 kes kematian, manakala 14,161 kes masih aktif.

Jawatankuasa Kecemasan WHO buat kali pertama melakukan pengisytiharan bahawa COVID-19 sebagai isu kecemasan kesihatan global pada 30 Januari 2020.

Pengisytiharan itu membantu mempercepatkan penyelidikan, pembiayaan dan langkah kesihatan awam antarabangsa untuk membendung penyakit terbabit. – Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

2

Pendidikan 3 hari yang lalu

KPM Nafi Edar Surat Wajibkan Petugas Tonton Filem Anwar 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

KKM Sedia Bentang RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM Meningkat Sejak 2017

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Fitnah Jason Lo Terhadap Bernama

Semasa 15 jam yang lalu

Tular Pekerja Penghantaran ‘Koyak’ Parcel, Syarikat Kurier Mohon Maaf, Akan Siasat

oleh Farhana Farush

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perkukuh Jaringan Perniagaan Dengan Qatar, Alukan Penerokaan Perdagangan, Pelaburan - PM

oleh Farhana Farush