Berita Terkini

41 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 42 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 42 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 43 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Keputusan Pengeluaran Khas KWSP Tidak Popular, Demi Masa Depan Pencarum - PM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 2:09PM

Anwar Ibrahim (tengah) ketika merasmikan Menara KWSP Kwasa Damansara di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan mengambil keputusan tidak popular untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata KWSP sebagai badan berkanun yang telah diamanahkan dengan tugas besar untuk memastikan kelestarian pencarum tidak keluar daripada matlamatnya. 

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan apabila ada desakan politik yang begitu kuat untuk teruskan pengeluaran (khas) dan saya ambil keputusan tidak semestinya terlalu popular untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kerana tugas, janji, ikrar, akad orang yang mencarum itu sesuai dengan janji yang dimeterai itu untuk masa depan mereka. 

“Tetapi ada keadaan darurat, masa pandemik (COVID-19), dibolehkan kerana masa itu dibolehkan dan saya antara yang keras menuntut dibolehkan (pengeluaran) kerana keadaan mendesak ketika itu dan angkanya mencecah RM145 bilion dikeluarkan dalam kapasti desakan yang berlaku kerana darurat,” kata beliau. 

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis pelancaran Menara KWSP Kwasa Damansara di sini hari ini. 

Menara KWSP Kwasa Damansara. - Gambar oleh Azim Rahman
Menara KWSP Kwasa Damansara. - Gambar oleh Azim Rahman

Bagaimanapun Anwar berkata keadaan ketika ini telah berubah dan lebih bebas untuk melakukan pergerakan termasuk bekerja, justeru beliau tidak mahu KWSP keluar daripada landasan dan matlamat untuk memenuhi kehendak beberapa pihak.

Beliau percaya isu pengeluaran khas KWSP juga akan dimainkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat akan datang namun ia tidak menghalang kerajaan tegas dalam keputusannya.

“Dalam keputusan dan kebijaksanaan kita ambil yang benar dan tidak harus diheret untuk ambil keputusan yang terpaksa rela hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia. 

“Untuk pertimbangan bagi yang benar-benar menghadapi kesusahan, soal membasmi kemiskinan, soal menokhtahkan kemiskinan tegar itu saya tak menolak.

“Sebab itu saya katakan kalau GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLIC  (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan), KWSP dan lain termasuk Khazanah, kementerian dan jabatan dapat elak ketirisan, kita mampu membantu rakyat mendapat pembelaan,” kata beliau.

Sementara itu Anwar menyifatkan Menara KWSP Kwasa Damansara sebagai mercu tanda khidmat berintegriti dan bertanggungjawab. 

“Kalau kita saksikan kawasan pembangunan baharu ini dengan kehijauan dan ada pembangunan mampan sekali gus beri gambaran kesedaran kemampanan tidak hanya kemajuan pertumbuhan pantas sebaliknya ambil kira kelestarian dan kehijauan yang memberi manfaat kepada rakyat. 

“Ini juga termasuk penyelesaian masalah negara, pengurusan dan tatakelola yang baik boleh membuat kemajuan lebih pesat tetapi mesti diurus dengan pengurusan berintegriti dan hapuskan segala bentuk ketirisan dan rasuah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Hadiri Perhimpunan Agung UMNO

2

Semasa 3 hari yang lalu

Implikasi Kewangan Pinjaman Cagaran KWSP Gagal Dilunaskan Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 1 minggu yang lalu

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hal Kalimah Allah Harus Dibincang Secara Tertutup, Elak Kekeliruan Umat

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Desak DAP Mohon Maaf Tidak Jejas Persediaan PRN – Dr Akmal

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 45 minit yang lalu

PRN: BN Bakal Peroleh Lebih Kerusi Di 6 Negeri - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Boikot Perbahasan LKAN 2021, Mas Ermieyati Tidak Layak Ketuai PAC – Kit Siang

oleh Susan Albert

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Akan Teliti Pendedahan Laporan Sulit Pasukan Petugas Khas Kehilangan Amri Che Mat