Berita Terkini

21 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 22 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 22 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang 24 minit yang lalu: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman ibu bapa Teoh Beng Hock 26 minit yang lalu: UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus bangunkan murid secara holistik

IKUTI KAMI


Mohon Doakan Pak Lah, ‘Tubuh Badan Sihat Tapi Fungsi Mindanya Merosot’

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:10AM

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Abdullah Ahmad Badaw - Tangkap layar dari Youtube Podcast Keluar Sekejap (KS)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan keadaan kesihatan bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semakin merosot disebabkan penyakit demensia yang dihidapinya.

Menurutnya, jika dilihat dari segi tubuh badan, Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah kelihatan sihat, tetapi kesan penyakit itu menyebabkan pemikiran dan memorinya semakin merosot.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapa mentuanya.

“Tubuh badan beliau, Alhamdulillah sihat. Namun tahap demensia, kesan kepada pemikiran, sampai tahap kebanyakan memori dan ingatan beliau (sudah) tak ada.

“Percakapan pun sangat-sangat kurang sekarang dan kebanyakan masa beliau berada di atas kerusi roda. Dari segi fungsi mindanya semakin merosot dan sampai tahap ‘advance’.

“Tolong doakan untuk Pak Lah,” katanya menjawab pertanyaan dikemukakan pendengar Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Abdullah Ahmad Badawi - Gambar fail
Abdullah Ahmad Badawi - Gambar fail

Keadaan kesihatan Pak Lah yang juga mantan Perdana Menteri kelima, pertama kali didedahkan Khairy pada 11 September tahun lalu ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Khairy berkata, bapa mentuanya itu turut tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

Katanya, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Shahril mendedahkan selain Khairy, antara sebab utama beliau menyertai UMNO adalah kerana kagum dengan kepimpinan Pak Lah yang membuka banyak ruang kebebasan media kepada rakyat.

“Tak ramai mungkin mengetahui sebenarnya, alasan utama waktu itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah Pak Lah. Bukannya saya tidak suka Datuk Seri Dr Mahathir waktu itu (2008), tetapi ketika umur saya 19, 20 tahun, sudah tentu idealisme tinggi, masih mahu melihat reform (pembaharuan) dalam membawa agenda Melayu dan Malaysia.

“Pak Lah ketika itu memimpin UMNO yang dah mula reformis, bercakap mengenai adakah perlu kekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pelaksanaan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan ini semua pembaharuan institusi, pembukaan ruang media (kebebasan media) yang sekarang kita ambil mudah,” katanya.

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Shahril Sufian Hamdan.
Khairy Jamaluddin (kiri) dan Shahril Sufian Hamdan.

Malah katanya, ketika menjadi pemimpin pelajar di United Kingdom (UK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sana kerap melaksanakan forum dan perbincangan antara ahli serta pemimpin politik di UK dan Malaysia dalam skala besar.

“Namun di bawah Tun Mahathir, saya tak yakin semua itu dapat dilaksanakan. Dan kepimpinan Pak Lah mengizinkan kebebasan media seperti debat pelajar dengan cara yang lebih terbuka berbanding zaman sebelumnya.

“Jadi sebenarnya Pak Lah banyak memberi impak kepada saya dan juga rakan seusia yang menyertai UMNO. Ia ada kena mengena dengan cara bibit reform (pembaharuan) yang beliau laksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau bukannya mahu mengatakan ada hikmah di sebalik penyakit dihidapi bapa mentuanya itu, tetapi sekurang-kurangnya Pak Lah tidak mengetahui keadaan UMNO hari ini.

“Saya tahu Pak Lah memang sayangkan UMNO walaupun dia ‘Team B’ ketika Tengku Razaleigh Hamzah lawan Tun Mahathir pada 1987. Biarpun dipecat daripada Kabinet, beliau kekal bersama UMNO dan masuk Semangat 46.

“Beliau mengingatkan saya untuk kekal setia sehinggalah saya dipecat. Namun, saya lega beliau tak sedar apa yang berlaku dalam parti yang beliau sayangi. Saya fikir kalau beliau sedar dan boleh fikir seperti biasa, saya rasa beliau tentu amat sedih melihat UMNO hari ini,” katanya. – Getaran, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Perlu Buat Laporan Polis Berhubung Perkataan ‘Lucah’ Hokkien Disebut Sanusi – Rayer

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

'Semoga Seri Paduka Kekal Sihat Untuk Memerintah Negara' - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Darjah Kebesaran Daripada Agong Penantian Berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967

Sukan 7 jam yang lalu

Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023