web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Tarik Lebih Banyak Syarikat China Pacu Sektor Automotif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan terus terlibat dalam kerjasama ekonomi kerajaan dengan kerajaan serta menarik lebih banyak syarikat China untuk melabur dalam sektor automotif tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa yang sama, sektor automotif juga perlu memastikan ekosistemnya memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mencerminkan keperluan pada masa depan.

“Pengasas dan Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li telah memaklumkan kepada saya tentang inisiatif segera untuk melaksanakan peralihan termasuk mempunyai kenderaan elektrik (EV) serta (kenderaan berkuasa) petroleum dan gas.

“(Ini) akan memudahkan peralihan (kepada EV) dan melihat secara pragmatik kepada perubahan itu dan pelaksanaannya,” katanya ketika melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton Holdings Bhd (Proton), Proton X90 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Anwar juga menggesa agar Proton untuk bergerak maju ke hadapan dan mendapatkan semula kedudukannya sebagai syarikat automotif terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai hab eksport.

Beliau berkata, berdasarkan perbincangannya dengan Li, bagi memastikan Proton-Geely mencapai kecemerlangan, tumpuan perlu diberikan kepada latihan berkualiti dalam bidang yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

“Geely juga bersedia untuk menyokong program latihan utama untuk rakyat Malaysia di Proton untuk cemerlang dan meningkatkan kebolehan mereka,” katanya.

Pada Februari 2020, kerajaan melancarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 untuk membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau untuk kenderaan cekap tenaga (EEV), termasuk EV.

NAP menggariskan strategi dan inisiatif khusus untuk meningkatkan pelaksanaan ekosistem EEV dan EV, memacu pemindahan teknologi dan membangunkan pengetahuan bagi industri automotif tempatan terus berkembang maju. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad