Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 3 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 3 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Artikel Jatuhkan Reputasi, HRD Corp Desak The Vibes Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 4:30PM

HRD Corp berkata, artikel bertajuk ‘Fresh Scandal Brewing at HR Ministry?’ yang disiarkan itu mengandungi dakwaan serius mengenai HRD Corp. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Portal The Vibes didesak memohon maaf kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), susulan penerbitan satu artikel yang didakwa memberi kesan negatif ke atas nama baik perbadanan berkenaan.

Jurucakap HRD Corp berkata, artikel bertajuk ‘Fresh Scandal Brewing at HR Ministry?’ yang disiarkan pagi tadi itu mengandungi dakwaan serius mengenai HRD Corp.

Dakwa beliau, ia merujuk kepada kontrak dan proses perolehan inisiatif Pasport Kemahiran atau Skills Passport. 

“Artikel tersebut mengandungi kenyataan palsu dan fitnah yang telah menyebabkan kerosakan serius terhadap reputasi dan integriti HRD Corp.

“Pihak The Vibes tidak membuat sebarang percubaan untuk menghubungi HRD Corp untuk membolehkan kami memberikan jawapan kepada kenyataan yang salah sebelum menerbitkan artikel yang mengelirukan ini,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penerbitan sebuah artikel mengenai salah laku terkini yang didakwa sedang berlaku di Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Antara lain, artikel berkenaan mendakwa, Kementerian Kewangan (MoF) mengesan satu salah laku membabitkan kontrak perolehan bernilai antara RM53 sehingga RM159.47 juta setahun.

Ia didakwa melibatkan pegawai kanan di HRD Corp.

Jelas jurucakap itu, HRD Corp sentiasa komited untuk mengekalkan standard etika, ketelusan dan integriti tertinggi, justeru penerbitan artikel berkenaan amat mengecewakan.

“Ia tidak menggambarkan standard kewartawanan yang baik atau beretika daripada The Vibes,” katanya.

Dakwa jurucakap tersebut, semua perkara yang dinyatakan dalam surat berkenaan telah dijawab dan diselesaikan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp. 

“Kami percaya bahawa kandungan surat itu dilindungi di bawah Aka Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan bukan untuk penglihatan awam dan penerbitan media.

“Kami tidak akan membiarkan dakwaan tidak berasas ini tidak dijawab dan kami akan mengambil tindakan yang perlu untuk mempertahankan reputasi dan melindungi kepentingan kami,” katanya.

Tegas jurucakap tersebut, HRD Corp telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang bagi memastikan penarikan balik artikel berkenaan dan permohonan maaf daripada "The Vibes".

“HRD Corp percaya bahawa keadaan ini mungkin membimbangkan orang ramai dan pihak berkepentingan HRD Corp, dan kami ingin memberi jaminan kepada semua bahawa HRD Corp akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Sebarang perkembangan dalam perkara ini akan kami maklumkan dari masa ke semasa,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

2

Semasa 3 minggu yang lalu

HRD Corp Siasat Kebocoran Surat MoF Mengenai Inisiatif Pasport Kemahiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Akan Jalin Kerjasama Strategik Dengan Johns Hopkins University

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Sedia Peluang Jana Pendapatan

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tanpa Perpaduan Rakyat Bersama Pimpinan, Negara Sukar Laksana Malaysia MADANI, ‘Jauhi Provokasi’

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Pilihan Raya Presiden Turkiye, PM Zahirkan Ucapan Tahniah Untuk Erdogan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Perlu Lebih Masa Teliti Representasi Kedua Mohd Irwan

Semasa 12 jam yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

oleh Sophia Ahmad