web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Demam Denggi Di Melaka Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:19AM

Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 241 kes diikuti Jasin (52 kes) dan Alor Gajah (29 kes). - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 103.8 peratus kepada 322 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 29 April atau sehingga minggu epid ke-17 berbanding 158 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah itu, Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 241 kes diikuti Jasin (52 kes) dan Alor Gajah (29 kes).

Beliau berkata sebanyak 89 kes dilaporkan berlaku pada Januari, Februari (61 kes), Mac (85 kes) dan April (87 kes).

"Pada minggu ke-17 iaitu dalam tempoh 23 hingga 29 April lepas, sebanyak 19 kes demam denggi direkodkan di Melaka, meningkat tiga kes berbanding 16 kes pada minggu epid ke-16.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes direkodkan di Melaka Tengah, Jasin (tiga kes) dan Alor Gajah (dua kes)," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Mengulas lanjut, Ngwe berkata sehingga minggu epid ke-17, tiada kematian direkodkan dan sebanyak 14 lokaliti wabak keseluruhan dilaporkan di negeri itu dalam tempoh tersebut.

"Daripada jumlah itu, empat lokaliti wabak aktif semasa direkodkan iaitu dua di Melaka Tengah dan masing-masing satu lokaliti di Jasin dan Alor Gajah," katanya.

Beliau berkata lokaliti berkenaan ialah Taman Perkota dan Jalan Sekolah, Kampung Padang Temu di Melaka Tengah serta Taman Merlimau Baru (Jasin) dan Batu 21 1/2 Kampung Solok Dekat (Alor Gajah).

Dalam pada itu, katanya Jabatan Kesihatan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di tiga daerah berkenaan untuk melaksanakan program gotong-royong bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes khususnya di kawasan perumahan dan industri.

Beliau berkata program berbentuk advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan pendedahan berkaitan isu demam denggi dalam kalangan masyarakat setempat juga akan dipertingkatkan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi