web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehadiran PM, Isteri Ubati Duka Pengantin Kematian Ibu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 6:52PM

Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama pasangan pengantin Mohammad Farhan Mohd Nor dan Nurul Fatienul Ain Mazlan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin pasangan itu di Kampung Pelet hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke rumah kenduri kahwin di Kampung Pelet, di sini mengubati duka pengantin lelaki yang kematian ibunya semalam.

Anwar dan isteri tiba di rumah pengantin pada 4.20 petang sebelum bertemu pasangan pengantin Mohd Farhan Mohd Mohd Noor, 29, dan Nurul Fateinul Ain Mazlan, 26.

Seterusnya Perdana Menteri dan isteri menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta turut sempat meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga untuk kenang-kenangan.

Anwar dan Wan Azizah meluangkan masa di majlis kenduri kahwin itu kira-kira 20 minit dan tetamu yang hadir turut mengambil peluang bergambar dengan Perdana Menteri serta isteri.

Mohd Farhan yang ditemui berkata beliau langsung tidak menjangka akan kehadiran Perdana Menteri dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini malah turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Mohd Farhan yang bekerja sendiri berkata beliau dimaklumkan kehadiran Anwar dan Wan Azizah ke majlisnya hari ini adalah atas jemputan daripada arwah ibunya Sabariah Darus, 54, yang merupakan kenalan lama kepada Perdana Menteri.

Katanya beliau percaya jika ibunya masih ada, pasti arwah yang paling gembira dengan kehadiran Anwar dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini kerana memang itu hajatnya yang mahu Perdana Menteri hadir di kenduri itu.

"Benda memang tidak dijangka langsung (kehadiran perdana menteri) kerana mak saya baru sahaja meninggal 6.40 pagi semalam kerana kegagalan buah pinggang...saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih sebenarnya kerana kematian mak.

"Tapi dengan kehadiran Perdana Menteri tadi, saya dan semua gembira..ini sekurang-kurangnya dapat mengubat duka dengan kematian mak...perasan sekarang ini bercampuk aduk, lagipun saya tak jangka yang perdana menteri datang untuk raikan kami," katanya.

Beliau yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan isteri kerana hadir ke majlis perkahwinannya.

Majlis akad nikah Mohd Farhan dan Nurul Fateinul Ain berlangsung pada 29 April lepas di Kota Bahru, Kelantan dan ketika itu Sabariah turut tidak dapat menghadirinya kerana telah dimasukkan ke hospital ekoran mengalami masalah buah pinggang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan