web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemarau: Penternak Risau Kerbau Sering 'Naik Minyak'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 3:03PM

Kerbau perlu berkubang bagi menyejukkan suhu badannya, dan sekiranya tiada lagi kawasan berair atau tempat berkubang, ia akan kepanasan seterusnya mengalami kemurungan, tidak selesa, mudah ‘naik minyak’ dan menjadi ganas, selain berisiko akan mati - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Penternak kerbau di Kelantan yang sedang menghadapi musim kemarau ketika ini, mulai resah apabila ternakan mereka dikatakan sering 'naik minyak' berikutan tempat berkubang haiwan itu kini mulai kering kontang.

Seorang penternak Nik Yakob Awang Ahmad, 67, berkata ketika ini beliau terpaksa mengerah tenaga mengambil air daripada kolam atau sungai setiap hari sebagai air untuk minuman dan memandikan dua ekor kerbau peliharaannya bagi mengelakkan haiwan itu terus kepanasan.

Beliau berkata haiwan itu perlu berkubang bagi menyejukkan suhu badannya, dan sekiranya tiada lagi kawasan berair atau tempat berkubang, ia akan kepanasan seterusnya mengalami kemurungan, tidak selesa, mudah ‘naik minyak’ dan menjadi ganas, selain berisiko akan mati.

"Sebelum ini saya hanya melepaskan kerbau untuk mencari tempat berkubang sendiri, namun sekarang parit dan kawasan sawah padi terbiar di sekitar kawasan ini sudah kering akibat kemarau," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Chawas, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Nik Yakob berkata dia perlu memandikan kerbau peliharaannya sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan kepanasan dan menjaga kesihatan haiwan itu.

"Jika saya tidak kerah tenaga mengambil air mungkin kesihatan kerbau akan terjejas selain menimbulkan masalah terutamanya 'naik minyak' serta boleh menyebabkan haiwan itu menyerang manusia. Tempat berkubang penting bagi menyihatkan serta proses membesarkan tubuh badan kerbau,” katanya.

Nik Yakob berkata selain masalah tempat berkubang, kerbau peliharaannya turut berdepan masalah makanan apabila rumput turut menjadi kering.

"Buat masa ini saya terpaksa mencari rumput yang tumbuh di kawasan pinggir sungai dan tali air," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Ni, Air Paip Tiada

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai Bomba Maut Disyaki Langgar Kerbau

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Zaidatul Tamat Kemarau 6 Tahun Raih Pingat Individu

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad