web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Bomba Maut Disyaki Langgar Kerbau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 11:54AM

Mohd Haziq Abdul Jalil dipercayai terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya - Gambar Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang pegawai bomba maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar seekor kerbau di Kampung Purun, Kuala Penyu, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata mangsa, Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Penyu pada 11.30 malam.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan kira-kira 8.40 malam itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tidong, Kuala Penyu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Mohd Haziq kemudian dihantar ke Hospital Kuala Penyu dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 10.30 malam.

"Empat anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian dan apabila tiba, pihak operasi dimaklumkan terdapat seorang mangsa terlibat iaitu anggota BBP Kimanis telah ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Penyu oleh ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba. Operasi kemudian ditamatkan pada 11.40 malam," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad