web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zaidatul Tamat Kemarau 6 Tahun Raih Pingat Individu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 8:32PM

Zaidatul Husniah Zulkifli (tiga dari kiri) merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira dari Singapura dan Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan kemarau enam tahun pingat acara 200 meter (m) wanita selepas merangkul gangsa pada Sukan SEA 2023, di sini, hari ini.

Zaidatul yang kali terakhir meraih pingat acara berkenaan pada edisi Kuala Lumpur 2017 dengan merangkul perak, merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira yang berjaya mempertahankan emasnya menerusi catatan 22.69s dan perak pula disambar Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s).

Beliau mengakui pada mulanya tidak mahu menyertai acara itu setelah pulang dengan tangan kosong pada dua edisi lepas namun dorongan jurulatih Mohd Poad Md Kassim, membuatkannya untuk terus berlari  pada Sukan SEA 2023.

“Hari ini saya hanya sasarkan final sahaja namun syukur Alhamdulillah (menang gangsa) kerana saya dah lama tak dapat medal individu,” katanya kepada pemberita, di sini.

Justeru, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 11.35 saat dilakukan di Afrika Selatan pada 2017, berharap agar pencapaiannya pada hari ini dapat membakar semangatnya meraih pingat acara 4x100m wanita dijadual pada Rabu ini.

Dalam pada itu, Jonathan Nyepa terlepas peluang menaiki podium selepas sekadar meraih tempat keempat bagi acara 200m dengan catatan 21.31s.

Emas dimenangi pelari Thailand Soraoat Dapbang dengan catatan 20.62s diikuti perak oleh Ngoc Nghia Ngan dari Vietnam (20.84s) dan gangsa dimiliki bekas juara dunia bawah 20 tahun, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia (21.02s).

Walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat hari ini, Jonathan ketika ditemui tetap berpuas hati dengan lariannya di Kemboja dan mahu kembali fokus bagi acara 4x100m lelaki selepas ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar