web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kru MT Pablo Tidak Ditemui Dalam Kapal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:14AM

Nurul Hizam Zakaria - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga kru kapal tangki MT Pablo yang masih hilang dalam insiden kebakaran kapal itu di Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, Johor pada Isnin lalu, tidak ditemui di dalam badan kapal terbabit.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi Carilamat ditangguhkan pada jam 7 malam semalam selepas tidak menemukan sebarang petunjuk mengenai keberadaan tiga kru berkenaan.

Beliau berkata, Operasi Carilamat pada hari kelima semalam, menumpukan pencarian dalam kapal MT Pablo selepas ia selamat dinaiki.

“Seramai 31 pegawai dan anggota Maritim Malaysia serta 11 orang Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit dalam operasi tersebut.

“Pencarian turut dibantu dua kru kapal MT Pablo yang tiba di lokasi kapal tangki tersebut pada jam 1 petang semalam.

“Kawasan pencarian telah dilakukan di bahagian anjungan kapal sehingga ke bilik jentera, namun tiada mangsa ditemui," katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.

Menurut Nurul Hizam, hasil pemantauan pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia turut melakukan 'safety past' bersama Unit Tindakan Khas (UTK) dan mendapati sudut kecondongan kapal semakin bertambah.

Katanya, kelihatan asap keluar dari corong atas sebelah kanan kapal tangki.

“Berdasarkan hasil pencarian dan penilaian keselamatan kapal tangki, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menangguhkan operasi Carilamat ini sehingga petunjuk baharu ditemui,” katanya.

Isnin lalu, kapal tangki MT Pablo terbakar kira-kira 50 peratus bahagian tengahnya di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Johor.

Seramai 25 daripada 28 kru kapal diselamatkan dengan bantuan dua kapal yang berada berhampiran, manakala tiga lagi masih hilang.

Kru yang hilang dikenal pasti sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, masing-masing warga India, selain Sabit Shenderovsky, 37, yang berasal dari Ukraine. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad