web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kesan Farid Afizi Bantu Siasatan Kes Pukul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:35AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang individu sehingga cedera parah di Jalan Budiman, Cheras, 20 April lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki itu ialah Farid Afizi Jaafar, 42, beralamat terakhir di 304, Blok 1, Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Cheras.

Beliau berkata pada pukul 10.15 malam, 20 April lepas Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini telah menerima seorang lelaki berusia 32 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa mengalami pendarahan di bahagian otak, tengkorak kepala retak di bahagian belakang dan tulang leher patah serta masih menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim video kejadian itu yang berlaku di tepi Jalan Budiman, Cheras, tular menerusi laman sosial pagi semalam.

Beliau sehubungan itu, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Farid Afizi supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam