web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khabar Angin Guling Kerajaan: Ada Individu Cemburu Kekuatan Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 6:11PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua Ahli Parlimen yang membentuk Kerajaan Perpaduan masih bergabung dan mendapat peluang sama rata untuk menyuarakan fikiran mereka - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, ada individu cemburu dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan kerana mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan sendiri lebih awal.

Di sebalik khabar angin mengenai usaha menggulingkan kerajaan, Asyraf Wajdi berkata, semua Ahli Parlimen yang membentuk Kerajaan Perpaduan masih bergabung dan mendapat peluang sama rata untuk menyuarakan fikiran mereka.

“Alhamdulillah, (sokongan) 148 Ahli Parlimen yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan masih utuh.

“Apa yang paling penting ialah saluran berterusan untuk perbincangan dan rundingan. Untuk konvensyen ini sahaja, kami telah mengadakan banyak mesyuarat.

“Ini bermakna ia bukan persembahan seorang individu. Satu atau beberapa pihak tidak menguasai yang lain, kita semua mempunyai ruang untuk berkomunikasi.

“Biasalah, mereka yang tidak senang dengan kekuatan kita sebenarnya cemburu kerana tidak berjaya membentuk kerajaan lebih awal,” katanya pada sidang media di ibu pejabat sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini.

Asyraf berkata demikian bagi mengulas sama ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan datang boleh menutup khabar angin mengenai ketidakstabilan politik dan rancangan menumbangkan kerajaan.

Beliau berkata, konvensyen sulung peringkat parti Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei ini, akan menghimpunkan kira-kira 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti politik yang membentuk kerajaan.

“Kami berharap melalui program ini akan wujud persefahaman dan kerjasama di peringkat kepimpinan parti, dengan matlamat jelas untuk mengekalkan kestabilan serta memacu agenda yang menguntungkan rakyat.

“Kami tidak mahu peristiwa lampau berulang. Selama empat tahun kita mempunyai kerajaan yang tidak stabil dan menjejaskan rakyat.

“Ini adalah pentas terbaik untuk pemimpin parti politik menyatakan komitmen mereka kepada kerajaan,” katanya.

Sesi pagi konvensyen itu akan menyaksikan berlangsungnya dua persidangan serentak, iaitu Konvensyen Nasional Wanita dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri, manakala semua pemimpin parti akan berbicara mengenai komitmen mereka pada sebelah petang.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman menyiarkan komen di Facebooknya dengan berkata, “Sudah 126. Jika benar, Alhamdulillah” yang menunjukkan sokongan semasa kepada PN.

Dalam catatan berasingan, Dr Muhammad Faiz memuat naik perbualan dengan seorang wartawan yang bertanya kepadanya sama ada pembangkang yakin untuk berkuasa sebelum penggal tamat, dengan menjawab “Ya, kami (yakin). Insya Allah”.

Susulan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, usaha untuk menjatuhkan kerajaan bukan perkara mudah. – The Vibes, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar