web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Seorang Suspek Samun Barang Kemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 8:07PM

DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari hingga 10 Mei dan polis sedang mengenal pasti identiti seorang lagi suspek, selain penglibatan individu lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas bernilai lebih RM1 juta di belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Kuala Pilah, 10 malam tadi.

Katanya lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari hingga 10 Mei dan polis sedang mengenal pasti identiti seorang lagi suspek, selain penglibatan individu lain.

“Kita syaki kegiatan samun ini telah dirancang dalam beberapa hari, kalau tengok pada rakaman litar tertutup dari kedai emas tersebut, memang nampak mereka sudah bersedia dengan baik.

“Jadi daripada situ kita cuba kenal pasti dan akan buat beberapa tangkapan lagi selepas ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam, dua pembekal barang kemas yang membawa dua beg berisi barangan itu, berdepan detik cemas apabila dirompak dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di lorong belakang kedai emas berkenaan.

Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat yang turut tular di media sosial, sebuah kereta berwarna perak dilihat berhenti berhampiran mangsa yang sedang keluar daripada kereta mereka.

Kedua-dua suspek turun daripada kereta berwarna perak itu lalu menyerang mangsa dan melarikan diri bersama dua beg tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad