Berita Terkini

59 minit yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 1 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 1 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 1 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 1 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


PBT Ada Masa 2 Minggu Selesai Penutupan Jalan Di Lembah Klang

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:08PM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Anthony Loke selepas sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengguna jalan raya di Lembah Klang boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar memandangkan Putrajaya memberi tempoh dua minggu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelesaikan isu penutupan jalan yang berlarutan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, lima PBT diberi tempoh dua minggu untuk mengenal pasti dan mengemukakan laporan mengenai penutupan jalan di kawasan masing-masing.

“Kami mahu PBT mengenal pasti penutupan jalan di kawasan mereka dan kembali kepada kami (Jawatankuasa Kabinet) dalam tempoh dua minggu kerana kami mahu membuka semula jalan yang ditutup secepat mungkin.

“Sekiranya kerja pembinaan di jalan tertutup telah siap, maka jalan tersebut perlu dibuka semula dengan segera.

“Bagi jalan yang masih dalam pembinaan, PBT perlu mengemukakan pelan mitigasi bagi memastikan kerja ke arah penyiapan projek dilaksanakan tepat pada masanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan telah memutuskan perkara ini selepas menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung penutupan jalan untuk tempoh yang panjang.

“Malah polis telah mengadu kepada kami tentang bagaimana beberapa jalan telah ditutup kepada pengguna jalan raya terlalu lama ketika ini,” kata Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lima PBT terlibat dalam inisiatif itu ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya di sini hari ini, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun Kementerian Pengangkutan dilantik sebagai sekretariat jawatankuasa itu, kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut termasuk Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, walaupun DBKL pada mulanya menyasarkan untuk mewujudkan penyelesaian menyeluruh kepada masalah pengangkutan di negara ini menjelang 2030, Jawatankuasa Kabinet bersetuju bahawa garis masa mesti disegerakan.

“Kami telah membincangkan perkara itu dan (Anthony) akan menetapkan tarikh semakan apabila kami menyasarkan untuk membentangkan penyelesaian menyeluruh kepada masalah pengangkutan negara,” katanya.

Selain itu, jawatankuasa tersebut juga bersetuju untuk melaksanakan sistem “contraflow” di kawasan sesak yang dikenal pasti, seperti yang diamalkan di Jalan Cheras sejak beberapa tahun sekarang.

Ia juga akan menganalisis beberapa pendekatan dan strategi “menang-cepat” yang boleh diambil untuk menangani isu perjalanan, termasuk dengan mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih baik.

Langkah lain termasuk menambah baik perkhidmatan bas, yang akan melibatkan peningkatan akses pejalan kaki ke stesen bas dan menyepadukan mod pengangkutan. - The Vibes, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jana Wibawa: Kes Rasuah Adam Radlan Dipindah Ke 2 Mahkamah Sesyen

Semasa 1 hari yang lalu

TPM Fadillah Tiba Di Brussels Untuk Lawatan Rasmi

Politik 1 hari yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

Semasa 14 jam yang lalu

Kebajikan Anggota Tentera Terus Dipelihara, Salur Peruntukan Baik Pulih Kediaman Daif - PM

oleh Sophia Ahmad