web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Alpa, Pentadbir Sekolah Harus Sentiasa Pantau Suhu Harian Cuaca 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 10:08AM

Pihak sekolah perlu menghentikan segala aktiviti luar melibatkan guru dan murid,  jika suhu harian mencapai paras 35 sehingga 37 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut. - Gambar ihsan KPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pentadbir sekolah perlu sentiasa memantau status suhu harian cuaca panas di daerah masing-masing, berdasarkan laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Menerusi infografik yang dikongsikan Kementerian Pendidikan (KPM) di media sosial, pihak sekolah perlu menghentikan segala aktiviti luar melibatkan guru dan murid,  jika suhu harian mencapai paras 35 sehingga 37 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut. 

Jurucakap KPM berkata, perkara itu perlu dipandang serius oleh pentadbir sekolah susulan ia merupakan amaran gelombang haba yang dikeluarkan oleh METMalaysia. 

"Jika suhu melebihi 37 darjah celcius untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir sekolah boleh menutup institusi pendidikan dengan pemakluman kepada pendaftar. 

"Pengisytiharan gelombang haba akan dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim," katanya. 

Bagaimanapun menerusi infografik sama, jurucakap tersebut memaklumkan, murid-murid dan guru tidak perlu bimbang sekiranya suhu tidak mencapai 35 darjah selsius. 

"Jika suhu di bawah paras 35 darjah selsius, itu membuktikan tiada amaran dikeluarkan oleh kerajaan, khususnya METMalaysia," katanya. 

Terdahulu, KPM menerusi garis panduan yang dikeluarkan menegaskan, sekolah dibenarkan untuk ditutup sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut.

Selain sekolah, surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut pekeliling itu, penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada pendaftar serta-merta secara lisan dan bertulis, menggunakan sebarang medium yang sesuai.

Surat pemakluman itu juga perlu dilampirkan bersama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko dijalankan, sebelum keputusan menutup institusi pendidikan dibuat pentadbir.

Jelas pekeliling itu, pentadbir juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan penutupan atau pembukaan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian dengan segera secara bertulis, atau sebarang medium komunikasi yang sesuai.

Selain itu, KPM berkata, ibu bapa juga dibenarkan membawa anak ke hospital atau pulang ke rumah jika didapati tidak sihat ketika di sekolah.

Menurut pekeliling sama, pentadbir juga perlu menetapkan tarikh hari ganti persekolahan dan memaklumkan tarikh terbabit kepada pendaftar.

Sebelum ini, KPM dalam kenyataan berasingan memaklumkan, institusi di bawah KPM diarah menghentikan aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid sekiranya kawasan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah melaksanakan langkah pencegahan, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas. - Getaran, 2 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini