web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Berita Baik Buat Pengamal Media di HAWANA 2023 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:00PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) sedang meneliti secara terperinci draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri. 

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Twitter hari ini.

Walaupun tidak memperincikan perkara itu, beliau memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan berita baik buat pengamal media di Malaysia.

Berita baik itu katanya, adalah hadiah menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang dijadual diadakan pada 27 hingga 29 Mei nanti.

"Kementerian bersama pengamal media sedang meneliti draf RUU Majlis Media sebelum ia dibawa ke Jemaah Menteri. 

"Insya Allah akan ada beberapa pengumuman baik buat para pengamal media menjelang HAWANA," katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, Fahmi turut berkongsi keratan berita berhubung perkembangan Indeks Kebebasan Akhbar 2022 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan tertinggi di rantau ASEAN. 

Pencapaian itu jelasnya, amat membanggakan negara.

"Dengan pencapaian itu, ia menjadi pemangkin buat kerajaan untuk memartabatkan kebebasan media di negara ini," katanya. 

Media hari ini melaporkan, Malaysia naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RWB).

RWB ialah organisasi yang menjalankan advokasi berkenaan kebebasan media.

Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 itu adalah yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN lain.

Kedudukan tersebut membolehkan Malaysia mendahului Thailand yang berada di tangga, diikuti Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). - Getaran, 1 Mei 2023. 



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad