web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Taman Sri Lambak Resah Kehadiran Gajah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 4:53PM

N. Muniammah berkata dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya hingga merosakkan pintu pagar dan cermin tingkap. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Kehadiran beberapa ekor gajah di kawasan perumahan di Taman Sri Lambak di sini mengundang keresahan kira-kira 500 penduduk yang bimbang dengan keselamatan mereka.

Seorang warga emas, N. Muniammah, 62, mendakwa dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya hingga merosakkan pintu pagar dan cermin tingkap.

"Paling terkini adalah pada Khamis dan Jumaat lepas, dua ekor gajah masuk ke kawasan parkir kira-kira pukul 5 pagi, habis rosak pintu pagar dan cermin tingkap yang sudah banyak kali dibaiki. 

"Saya rasa terkejut, tergamam dan menggigil kerana melihat gajah di depan mata hingga panik tidak tahu mahu buat apa. Anjing peliharaan saya juga kelihatan takut," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Muniammah berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana penduduk bukan sahaja kerugian malah berdepan risiko keselamatan selain gajah liar tidak takut dengan kehadiran manusia.

Seorang lagi penduduk, Saedin Sadoon, 49, mendakwa anak lelakinya turut cedera akibat terlanggar haiwan liar itu di jalan gelap ketika menunggang motosikal.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata pihaknya telah maklum dengan kejadian berkenaan dan sedang menjejak kumpulan gajah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan operasi menjejak haiwan liar itu akan memakan masa kira-kira dua minggu, sekali gus akan menempatkan gajah tersebut ke kawasan yang jauh dari penempatan.

"Perhilitan akan terus memantau gajah-gajah ini dan haiwan liar ini tidak boleh ditangkap atau ditembak dengan sesuka hati kerana dikhuatiri ia akan memberi reaksi luar jangkaan termasuk mengamuk," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa klip video dipercayai dirakam penduduk dengan telefon bimbit berkaitan kehadiran gajah di kawasan perumahan berkenaan, baru-baru ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan