web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM: Tiba Masa Kaji Semula Gaji Pejawat Awam Yang Tidak Memuaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 4:08PM

Anwar (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin kepada wakil Harta Maintenance Sdn Bhd pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sambutan Hari Pekerja 2023 bertema "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI" di sini hari ini berkata beliau mengambil maklum tentang gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.

Beliau berkata kerajaan meneliti tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) umpamanya mengenai gaji penjawat awam.

"Bagi saya tempoh setahun, kalau ada trend peningkatan hasil, yang utama adalah upah penjawat awam.

"Sementara itu, segala bonus dan apa-apa kemudahan termasuk kesihatan, pendidikan yang harus kita dibantu, saya akan segerakan sebaik sahaja ada peruntukan," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta masing-masing kepada MTUC dan Cuepacs bagi memperkemas pengurusan kesatuan sekerja itu.

Anwar berkata beliau tidak mahu ketegangan antara kesatuan sekerja dengan kerajaan berhubung tuntutan dan rungutan yang dihadapi golongan pekerja.

Beliau turut meminta Menteri Sumber Manusia dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia memberi ruang sepenuhnya kepada MTUC dan Cuepacs untuk berbincang dan berunding.

"Biar ada rundingan majikan dan pekerja dahulu. Sebelum ini ada menteri yang enggan jumpa kesatuan. Saya tidak mahu ini berlaku dalam pentadbiran saya," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengumumkan pelbagai perubahan yang sedang dirangka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keupayaan pekerja dari masa ke masa.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada masalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan peneroka bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek