Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hari Buruh: Perkasa Kebajikan Pekerja Hingga Bersara, Pertingkat Kesejahteraan Jadi Harapan Kesatuan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:04AM

Majikan sama ada kerajaan atau swasta diseru lebih prihatin untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerja - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majikan sama ada kerajaan atau swasta diseru lebih prihatin untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerja, termasuk menjamin kehidupan mereka selepas bersara, susulan golongan itu adalah ‘aset’ paling berharga yang berupaya membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, justeru, menjadi keperluan penting untuk pelbagai pihak meneliti secara terperinci aspek penyediaan gaji setimpal dan bermaruah kepada pekerja, berdasarkan perkembangan semasa.

Menurutnya, perlindungan keselamatan sosial pekerja juga perlu dipertingkatkan selepas negara mengalami perubahan landskap pekerjaan ketara berpunca daripada pandemik COVID-19.

“Kita juga perlu melihat bagaimana untuk mewujudkan pencen bagi pekerja sektor swasta, agar langkah itu dapat memastikan mereka bersedia selepas mengakhiri zaman pekerjaan mereka.

“Dalam keadaan itu, MTUC melihat kita ada dua institusi terbaik, iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang tidak dinafikan memberi perlindungan sosial kepada pekerja, selain Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjaga simpanan mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran untuk berkongsi ucapan dan harapan sempena Hari Pekerja yang disambut hari ini.

Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar Fail
Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar Fail

Pada tahun ini, Hari Pekerja membawakan tema Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI dan ia sambutan pertama di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan, diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa agar PERKESO dan KWSP direformasi semula agar mampu bergerak maju dalam menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada pekerja, seiring dengan pertukaran kerajaan serta peredaran zaman.

Katanya, dalam memastikan ia mampu direalisasikan, MTUC berpandangan supaya pelbagai wakil pekerja, majikan dan kerajaan, perlu bersama mencari penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang, selain mengambil pendekatan situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat.

“Ini kerana selepas pasca pandemik, pelbagai cabaran dihadapi majikan, pekerja dan kerajaan, maka ketiga-tiga pihak utama ini perlu sepakat, khususnya kerajaan yang harus memainkan peranan dengan lebih mendalam,” katanya.

Mohd Effendy berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan di atas pelaksanaan Insentif Kerjaya MADANI 2023 yang dilihat mampu membantu golongan bersasar.

“Ia sudah pastinya mampu membantu graduan yang sudah lama menganggur, mantan banduan, suri rumah atau lepasan sekolah…ini adalah inisiatif yang dapat membantu majikan, khususnya sektor swasta menggajikan pekerja dengan tangga pendapatan lebih tinggi, seterusnya menarik minat lebih ramai individu terbabit untuk bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, sempena sambutan istimewa untuk pekerja itu, pihaknya mendesak parti politik berhenti bercakaran, sebaliknya menumpukan kepada usaha memberi perkhidmatan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat, termasuk golongan berkenaan.

Malah, katanya, kepimpinan parti politik perlu mengutamakan keperluan menunaikan janji dan tawaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bukannya terus ‘bergaduh’.

Mohamed Shafie BP Mammal - Gambar Fail
Mohamed Shafie BP Mammal - Gambar Fail

UNI-MLC juga, katanya, mengharapkan satu tindakan holistik bagi menangani pelbagai isu dan masalah melanda pekerja sejak kebelakangan ini.

“Negara tiada pilihan kecuali menyelesaikan perkara dibangkitkan UNI-MLC sempena sambutan Hari Pekerja 2023, jika kita ingin melihat persekitaran kerja lebih harmoni, kondusif dan berkualiti.

“Isu dibangkitkan itu lama berlarutan dan memerlukan keutamaan tindakan efektif di pihak kerajaan yang menjadi tempat harapan rakyat serta pekerja,” katanya.

Selari dengan konsep Malaysia MADANI, Mohamed Shafie memohon pertimbangan sewajarnya daripada Perdana Menteri bagi memberi wajah baharu kepada pekerja di sektor awam dan swasta.

Jelasnya, kerajaan terutama menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM), digesa mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh untuk menyemak dasar dan undang-undang perburuhan, agar lebih sesuai dengan keperluan semasa selepas COVID-19.

Mohamed Shafie berkata, pihaknya juga menuntut kerajaan menangani masalah kos sara hidup yang meningkat dengan ketara setiap hari, ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kerajaan kena memastikan pekerja apabila bersara kelak mempunyai simpanan secukupnya yang munasabah mengikut keadaan semasa dalam KWSP. 

“Oleh itu, kerajaan perlu menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus, terutama bagi pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan wajar mengkaji semula umur persaraan wajib 60 tahun dan dasar semasa hendaklah disemak, bagi membolehkan pekerja bekerja sehingga mereka mencapai umur 60 tahun sepenuhnya, bukannya ketika permulaan tahun untuk usia berkenaan.

“Pemakaian Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) hendaklah dipanjangkan kepada pekerja di Sabah dan Sarawak untuk menjamin hak serta kebajikan pekerja terbela sebagai sebuah negara Persekutuan.

“Kita juga mendesak kerajaan mengkaji semula bayaran pencen rendah kepada pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mereka menerima pencen di bawah paras kemiskinan. Perkara itu sudah dikemukakan kepada kerajaan lebih 15 tahun lalu, malangnya tiada respons,” katanya. 

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Azlan Awang berkata, pihaknya menggesa kerajaan menyelesaikan isu penggunaan tenaga buruh asing dan tidak mahir oleh industri, selain insentif pengecualian cukai yang diberikan kepada majikan, tanpa mengambil kira sama ada perusahaan dijalankan bersifat intensif buruh atau tidak.

Azlan Awang - Gambar Fail
Azlan Awang - Gambar Fail

MTEM, katanya, melahirkan kebimbangan susulan ekonomi negara akan terus terperangkap dalam situasi majikan hanya mahu mengambil pekerja asing serta tidak mahir, memandangkan boleh membayar mereka dengan kadar upah lebih rendah.

Azlan berkata, pihaknya turut bimbang melihat isu gaji dan pekerja yang lebih menghimpit kaum atau pekerja di wilayah tertentu, sekali gus boleh membangkitkan isu sensitif dan sentimen pemisahan.

“Natijahnya, jika dibiarkan tanpa solusi, dasar nasional yang mengidamkan sebuah ekonomi berteraskan inovasi dan berkemahiran serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, akan terus gagal.

“Sedangkan dalam kalangan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam, kadar upah tenaga mahir jauh lebih tinggi serta pelaburan langsung asing (FDI) mereka, banyak tertumpu kepada sektor berteras teknologi termaju,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 16 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter