web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Berdebat Isu PSI - Chow

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 8:16PM

Menurut Chow Kon Yeow, fokus kerajaan negeri ketika ini adalah kepada persediaan pelaksanaan projek PSI untuk proses-proses tebus guna laut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tiada keperluan untuk berdebat berhubung isu projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) kerana ia telah melalui satu proses yang panjang hingga lapan tahun sebelum berjaya memperoleh kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), baru-baru ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata proses berkenaan telah melibatkan pihak berkepentingan, paparan awam dan lain-lain proses sebelum mendapat kelulusan EIA pada 11 April lepas.

“Sebarang pertikaian, soalan atau jawapan berhubung projek PSI sudah berlalu, malah JAS dan semua agensi teknikal juga telah meletakkan syarat dan sekiranya kerajaan negeri tidak dapat mematuhi syarat-syarat maka Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) pun tidak akan diluluskan.

''Kalau boleh diluluskan, maksudnya ia (projek PSI) telah melalui satu penelitian yang rapi oleh semua jabatan, barulah JAS boleh keluarkan keputusan dengan semua syarat dipatuhi,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran sambutan Hari Wesak peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang juga Presiden Gerakan yang mencabar Chow berdebat isu pembangunan PSI dan Seberang Perai.

Menurut Chow, fokus kerajaan negeri ketika ini adalah kepada persediaan pelaksanaan projek PSI untuk proses-proses tebus guna laut.

''Minggu akan datang saya akan umumkan apa yang kita cadangkan dalam PSI khususnya di pulau A, itu ialah fokus kita pada masa ini,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan debat dengan mana-mana pihak dan sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan projek itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah. 

"Kita pandang ke depan, kalau beliau (Lau) tidak ambil bahagian dalam proses sebelum ini saya tidak boleh kata apa-apa kerana proses ini sudah berlalu, mungkin dia mahu bawa ke mahkamah, itu hak dia. Tetapi setakat ini tidak ada keperluan (untuk berdebat), semua sibuk mahu pilihan raya,'' katanya.

Chow pada Rabu lepas mengumumkan bahawa EIA bagi projek PSI telah mendapat kelulusan bersyarat daripada JAS Putrajaya dalam surat bertarikh 11 April dan kelulusan EIA itu merupakan kelulusan berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan SIMP dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.

PSI ialah projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan kira-kira 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas, namun projek itu mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 40 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam