web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Cedera Dilanggar Lelaki Pandu Berbahaya Kejar Kereta Ibu Mentua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 5:04PM

Siasatan awal mendapati sebelum kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu berkenaan berusia 51 tahun telah bertengkar dengan ibu mentuanya, dipercayai disebabkan oleh isu perebutan harta - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Seorang anggota polis wanita cedera parah di bahu selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman,  hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu berkenaan berusia 51 tahun telah bertengkar dengan ibu mentuanya, dipercayai disebabkan oleh isu perebutan harta di sebuah rumah di Jalan Dato, dekat sini.

Beliau berkata dalam prtengkaran itu, suspek telah mengeluarkan sebatang kayu dan bertindak mengetuk bonet hadapan serta bumbung kereta ibu mentuanya sehingga kemek.

"Ibu mentuanya yang ketakutan masuk ke dalam kereta dan memandu ke Balai Polis Chukai untuk mendapatkan pertolongan.

"Dalam perjalanan, suspek mengekori ibu mentuanya dan cuba memotong dengan cara berbahaya sehingga merempuh motosikal (ditunggang) anggota polis wanita yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan.

Hanyan berkata anggota polis berrpangkat sarjan berusia 36 tahun itu telah dikejarkan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Menurutnya suspek cuba melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan pada jam 2.15 petang tadi di tepi jalan di kawasan Ibok, kira-kira 18 kilometer dari tempat kejadian.

"Suspek gagal melarikan diri lebih jauh kerana kereta yang dinaikinya rosak dan tersadai di tepi jalan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,  Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama      

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar