web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek PSI Akan Dimulakan Selepas EMP Diluluskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:01PM

Chow Kon Yeow - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU KAWAN, 29 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan memulakan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata EMP akan mengambil masa kira-kira dua bulan dan seterusnya projek PSI dijangka dapat dijalankan pada suku ketiga tahun ini.

"Mengikut amalan biasa, EMP dijangka tidak mengambil masa panjang seperti kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan ia (kelulusan EMP) diuruskan di peringkat negeri, mengikut amalan biasa EMP boleh diluluskan dalam masa mungkin dua bulan, dijangka bolehlah (lulus) sebab setiap agensi pun ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dipatuhi.

"Misalnya, satu permohonan memerlukan satu jawapan kepada permohonan dan lazimnya dalam tempoh itu perlu diberi jawapan atau kelulusan kepada apa yang disebut itu.

“Dalam peringkat ini, jika JAS merasakan EMP yang bakal kita kemukakan masih tidak lengkap, mereka boleh beri maklum balas dan kita akan semak dan tambah baik sehingga EMP dipatuhi, kita juga terbuka dengan proses tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjelaskan bahawa kelulusan EIA yang dikeluarkan JAS bukanlah keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan.

Terdahulu, Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan Kadun Bukit Tambun di Taman Tangling, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chow berkata kelulusan EIA sudah muktamad dengan 71 syarat perlu dipatuhi dan kerajaan negeri komited untuk memastikan kesemua syarat yang ditetapkan dipatuhi bagi melancarkan proses kelulusan EMP.

Katanya sebelum keputusan dibuat, banyak siri mesyuarat teknikal diadakan oleh agensi-agensi berkaitan bagi memberi maklum balas kepada laporan yang jururunding sediakan.

"Kita akan bentangkan cadangan bagaimana untuk mematuhi syarat-syarat berkenaan dan banyak siri mesyuarat teknikal diadakan. Ia bertujuan untuk agensi-agensi berkaitan memberi maklum balas kepada laporan yang jururunding kita sediakan.

“Kita juga akan minta pakar kaji bagaimana nak tunaikan kerana 71 syarat itu sebenarnya bukan perkara baharu dan telah pun dirundingkan di peringkat teknikal, tetapi kita akan muktamadkan bagi memastikan proses kelulusan EMP lancar,” kata Chow.

Chow pada Rabu mengumumkan bahawa EIA bagi projek PSI telah mendapat kelulusan bersyarat daripada JAS Putrajaya dalam surat bertarikh 11 April dan kelulusan EIA itu merupakan kelulusan berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.

PSI merupakan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan kira-kira 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas, namun projek itu mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi