web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skandal 1MDB: Roger Ng Rayu Tangguh Hukuman Penjara 10 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 5:12PM

Peguam bela Roger Ng, Marc Agnifilo membuat permohonan itu pada Jumaat, bagi meminta supaya hukuman penjaranya dimulakan Ogos - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng memohon kepada mahkamah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan hukuman penjara 10 tahun dikenakan terhadapnya, berikutan sabitan atas kesalahan melakukan skandal rasuah besar-besaran 1Malaysia Development Bhd.

Menurut Bloomberg, peguam bela Ng, Marc Agnifilo membuat permohonan itu pada Jumaat, bagi meminta supaya hukuman penjaranya dimulakan Ogos.

Agnifilo menjelaskan, Ng ingin meluangkan masa bersama keluarga, terutama anak perempuannya yang berusia 10 tahun yang tidak pernah dilihatnya sejak empat tahun lalu, sejak ditahan di Malaysia pada 2018.

Agnifilo berkata, tempoh diminta itu juga bagi membolehkan isteri dan anak Ng melakukan perjalanan dari Malaysia ke AS.

“Disebabkan Encik Ng sudah lama berjauhan dengan anak lelakinya yang masih kecil dan tempoh hukumannya, kami dengan hormatnya memohon agar Encik Ng dapat menghabiskan dua bulan bersama keluarganya sebelum dia menjalani hukuman,” Agnifilo dipetik Bloomberg sebagai berkata.

Ng diekstradisi ke AS untuk menghadapi perbicaraan di sana dan dijangka menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia selepas dibebaskan.

Agnifilo seterusnya berhujah bahawa Ng berada di bawah ‘penahanan dalam rumah’ dan pemantauan elektronik sejak dia diberi jaminan AS$20 juta (RM89.2 juta) oleh majistret persekutuan di Brooklyn pada Mei 2019.

Ng juga tidak pernah melanggar syarat pembebasannya, kata Agnifilo

Bagaimanapun, Agnifilo menyatakan bahawa pihak pendakwa membantah penangguhan itu. – The Vibes, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad