Berita Terkini

1 jam yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 1 jam yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 1 jam yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 1 jam yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 1 jam yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Warga Malaysia Kongsi Pengalaman Traumatik Hadapi Konflik Di Sudan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:13AM

Rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari Sudan disambut anggota keluarga di KLIA semalam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang daripada 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dari lokasi konflik di Khartoum, Sudan, M.Innaci Dass, 58, menyifatkan pengalaman terperangkap di pangsapurinya selama enam hari tanpa bekalan elektrik dan bunyi tembakan berterusan sebagai kejadian sangat traumatik.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang juga ketua pegawai sumber manusia di syarikat perlombongan emas RIDA Group, yang berpangkalan di Sudan itu berkata semasa tempoh ‘terperangkap’ dari 15 hingga 20 April lepas, beliau gelisah memikirkan nyawanya dalam bahaya selain tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya dengan konflik tanpa henti di Khartoum.

“Saya tinggal di kawasan yang sangat sesak di kawasan krisis berlaku. Bagaimanapun saya bernasib baik kerana pangsapuri saya terlindung oleh bangunan lain yang mengurangkan risiko peluru sesat menembusi tingkap atau dinding rumah,” katanya yang ditemui selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Innaci Dass antara 30 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, yang diselamatkan dari Khartoum dengan kesemuanya tiba di KLIA kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah.  

Bapa kepada dua anak itu berkata dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, seorang pemandu tempatan warga Sudan ditugaskan untuk menyelamatkan beliau dari pangsapuri itu pada 21 April, namun beliau terpaksa berjalan kira-kira 800 meter untuk ke kereta dan melepasi kawasan krisis, yang beliau menyaksikan peluru berteraburan di atas tanah berserta bunyi tembakan.

“Sepanjang menuju ke kereta, saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya perlu berani dan berserah kepada tuhan. Dengan keyakinan itu, saya berjaya berjumpa pemandu yang kemudian membawa saya dengan selamat ke Rumah Malaysia, tanpa sebarang halangan,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) turut hadir bagi menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Sudan, di KLIA, semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) turut hadir bagi menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Sudan, di KLIA, semalam.

Berkongsikan pengalaman, Innaci Dass berkata perjalanan sejauh 1,233 kilometer dari Khartoum ke Port Sudan, yang mengambil masa 30 jam amat mencemaskan dengan begitu banyak sekatan jalan raya dan di satu sekatan jalan raya, pasport mereka dirampas namun dengan bantuan pemandu tempatan berikutan masalah bahasa, mereka akhirnya mendapat semula dokumen berkenaan.

Menurut Innaci Dass, apabila selamat tiba di tanah air, fikiran beliau melayang terhadap rakyat Sudan kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat sukar, terkandas di tanah air sendiri tanpa bantuan yang sewajarnya.

“Mereka tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi mereka terbunuh dalam peperangan yang tidak sepatutnya ini. Saya memiliki 1,000 pekerja di sana (RIDA Group)  dan saya bimbang nasib mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang aktivis kemanusiaan di World Vision Sudan, Jessica Chong, 39, berharap keadaan di Sudan akan bertambah baik.

“Saya berharap dapat kembali ke Sudan apabila segala-galanya berakhir dengan aman untuk meneruskan kerja saya,” katanya.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lepas. - Bernama

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka Thailand: Tze Yong, Jun Hao Layak Ke Pusingan Kedua

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perkukuh Jaringan Perniagaan Dengan Qatar, Alukan Penerokaan Perdagangan, Pelaburan - PM

oleh Farhana Farush

Semasa 6 jam yang lalu

Lebih 1,000 Jemaah Hadir Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan Agong