Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Hanya Satu Kes Kematian Akibat Strok Haba – KKM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 9:30PM

Sehingga hari ini terdapat lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di Sarawak melibatkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya satu kes kematian akibat strok haba di Kelantan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun.

Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati penyebab kematian kanak-kanak tersebut disebabkan heat stroke with severe dehydration.

Bagaimanapun katanya, kematian bayi berusia 19 bulan di negeri itu sebagaimana dilaporkan media, bukan disebabkan strok haba tetapi akibat kelesuan haba atau severe dehydration with underlying sepsis.

Menurut beliau, sehingga hari ini terdapat lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di Sarawak melibatkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.

“Dua kes lagi dilaporkan di negeri Kelantan, melibatkan satu kes kelesuan haba dan satu kes strok haba yang menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia semalam selepas dipercayai akibat strok haba.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Radzi berkata, pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan kurang minum air boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Jelasnya, gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan, rasa mual dan keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri atau bercuti ketika cuaca panas ini supaya mengambil langkah pencegahan termasuk merancang aktiviti beraya atau ziarah dan elakkan waktu puncak cuaca panas antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan. Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak baik untuk hidrasi badan.

“Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas, perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari,” katanya. 

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuacapanas/) dan langkah pencegahan di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan). – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Pharmaniaga Komited Hantar Ubat Ke Lokasi Pedalaman, Terpencil

2

Semasa 4 hari yang lalu

Sudah Setahun Edward Nyatakan Hasrat Mahu Mandi Sungai - Sepupu

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kawasan SAR Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Diperluaskan

4

Semasa 5 hari yang lalu

Air Keruh, Arus Deras Sukarkan Misi Kesan Kanak-Kanak Disyaki Lemas Di Tanjung Malim

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tugas Wartawan Bukan Sekadar Lapor Berita, Berperanan Cetus Idea Bangun Negara – PM

oleh Farhana Farush dan Susan Albert

Politik 5 jam yang lalu

Risalah Kecam Zahid Cubaan Pecah Belahkan UMNO - Puad

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 jam yang lalu

Sorakan, Tepukan Gemuruh Iringi Kepulangan Wira APG 2023

Semasa 7 jam yang lalu

MARA Bantu Remaja Perlis Cemerlang SPM, Kegigihan Nur Alia Menyentuh Hati 

oleh Sophia Ahmad