Berita Terkini

9 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 9 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 9 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba 9 jam yang lalu: CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah 10 jam yang lalu: Tiga lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan

IKUTI KAMI


TH Umum Agihan Keuntungan Pada Kadar 3.1 Peratus Bagi 2022

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1:10PM

Mohd Na'im Mokhtar turut mengumumkan TH mencatatkan pendapatan kasar RM3.8 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM3.72 bilion pada tahun 2021

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kadar agihan keuntungannya bagi tahun kewangan 2022 pada nilai 3.10 peratus.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar pada sidang media di TH.

Beliau berkata, agihan keuntungan ditetapkan selepas mengambil kira zakat 2.57 peratus itu, membabitkan jumlah kewangan sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

“Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya, kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34 peratus dan zakat sudah dilunaskan untuk pihak pendeposit,” katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Pengiraan agihan keuntungan tahunan 2022 adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun sebelum ini.

Agihan keuntungan itu juga ditetapkan, selepas TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari esok menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam, kaunter Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula jam 8 malam hari ini sehingga jam 12 tengah hari esok (29 April), bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan.

Pada pengumuman itu, Amrin berkata, keadaan persekitaran pelaburan tahun 2022 adalah mencabar bagi semua institusi pelaburan, termasuk TH.

“Pasaran saham domestik dan global terjejas melebihi 10 peratus, manakala pasaran modal terkesan dengan kenaikan agresif kadar pembiayaan.

“TH sudah mengambil langkah meminimakan risiko supaya modal pelaburan terpelihara dan tidak terlalu terjejas.

“Kami akan terus berusaha mengukuhkan lagi operasi, tadbir urus dan kedudukan kewangan dalam persekitaran ekonomi serta pasaran yang tidak menentu ini,” katanya.

Selain itu, pengumuman terbabit turut merumuskan bahawa pendapatan pelaburan kekal berdaya tahan meskipun dalam ekonomi mencabar dan pasaran tidak menentu.

Pelaburan instrumen pendapatan tetap dan ekuiti menyokong ketahanan pendapatan pada tahun 2022, dengan menyumbang 81 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan.

Baki pendapatan sebanyak 19 peratus dijana daripada pelaburan harta tanah dan pasaran wang patuh Syariah.

Azman berkata, TH sudah mengambil pendekatan pelaburan lebih berhati-hati berlandaskan alokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran tidak menentu.

“Alhamdulillah, usaha ini membantu dalam penjanaan hasil bagi memastikan kadar agihan yang berpatutan bagi tahun kewangan 2022,” katanya. – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lebih 500 Jemaah Haji Malaysia Masuki Makkah Esok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rezeki Anak Tunggal Tunai Haji Bersama Ibu Bapa

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji 2023: Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia Selamat Berlepas Ke Tanah Suci

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Segera Selesaikan Ibadat Umrah Sebelum Musim Haji, Jangan Salah Guna Visa

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Sulu: Malaysia Tetap Perkukuh Kedaulatan Di Sebalik Keputusan Mahkamah Perancis Esok

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Buta Perundangan Hingga Perlekeh Perlembagaan Persekutuan - Guan Eng

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kalimah Allah: Agong Zahir Kegusaran, Titah Kerajaan Harmonikan Keadaan