web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Kedah Berkenan Cemar Duli Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 10:24AM

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI yang akan diadakan di negeri berkenaan pada Sabtu ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI yang akan diadakan di negeri berkenaan pada Sabtu ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, justeru, Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Kedah berangkat bercemar duli ke majlis berkenaan.

“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.

“(Ia) sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI anjuran Kerajaan Perpaduan itu, akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, Fahmi menerusi Facebook berkongsi kenyataan berhubung penganjuran siri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pada April serta Mei ini.

Katanya majlis itu akan berlangsung di enam negeri, iaitu di lokasi seperti berikut:

1. Hotel Raia, Bandar, Alor Setar, Kedah pada 29 April ini (10 pagi hingga 2 petang).

2. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei (11 pagi hingga 2 petang).

3.Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Mei (11 pagi hingga 2 Petang).

4. Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

5. Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 14 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

6.Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 14 Mei (8 malam hingga 11 malam).

Malah, beliau berkata, semua dijemput hadir memeriahkan acara itu.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, setakat semalam, beliau masih belum menerima sebarang jemputan rasmi ke program dihadiri Perdana Menteri itu, namun menegaskan tidak langsung berkecil hati.

Pemimpin PAS itu berkata, setakat ini jemputan daripada kerajaan pusat untuk menghadiri rumah terbuka itu, hanya dihantar ke pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

Justeru, Muhammad Sanusi berkata, beliau akan hadir sekiranya mendapat jemputan kerana itu adalah protokol,

Malah, katanya, beliau bakal menyertai majlis itu jika Sultan Kedah berkenan untuk hadir sama. – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad