web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPJ Terengganu Keluar 1,234 Saman Sepanjang Op Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 9:26AM

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan sebanyak 1,234 notis saman sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023 yang bermula 18 April hingga semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan sebanyak 1,234 notis saman sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023 yang bermula 18 April hingga semalam.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata jumlah itu meningkat berbanding operasi sama tahun lepas iaitu 1,040 notis saman.

Beliau berkata kesalahan paling tinggi melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh iaitu 323 kes, tiada lesen memandu (313 kes) dan tiada perlindungan insurans (281 kes).

"Kesalahan lain termasuk menggunakan cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, memotong di garisan berkembar dan membawa lebih muatan.

"Sepanjang lapan hari Op HRA 2023, JPJ Terengganu telah melakukan pemeriksaan terhadap 5,606 kenderaan di seluruh negeri," katanya selepas tamat Op HRA 2023 di sini, malam tadi.

Seramai 172 termasuk pegawai, anggota JPJ Terengganu serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat pada hari terakhir operasi berkenaan.

Zulkarnain berkata selain notis saman, pihaknya turut menyita 20 kenderaan termasuk lima motosikal yang ditunggang warga asing tanpa lesen malam tadi.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat sekiranya wujud sindiket di negeri ini yang menjalankan aktiviti menjual kenderaan kepada warga asing menggunakan nama penduduk tempatan atas pelbagai tujuan.

"Kita sedang siasat sebab kes ini semakin berleluasa ... siap beri sewa kepada penduduk Rohingya. Kita kesan aktiviti ini dah lama, cuma sedang kumpul maklumat untuk diambil tindakan selanjutnya," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan