web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Kerajaan Sediakan 19 Kediaman Sementara Tempatkan Kakitangan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 3:45PM

Tapak kejadian tanah runtuh di berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan 19 unit kediaman bagi menempatkan semua kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keluarga mereka yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad berkata kediaman itu disediakan berhampiran dengan akademi berkenaan selain beberapa kemudahan kerajaan lain turut digunakan untuk memastikan operasi akademi tersebut terus berjalan lancar.

“Saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Datuk Seri Hasnol Zam Zam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) (Zulkipli Nasri) buat keputusan untuk beri kemudahan penginapan kepada mereka yang terlibat.

“Jadi kita sediakan 19 rumah untuk pindahkan mereka ke kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka tinggal di sini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi runtuhan di sini hari ini.

Sebelum ini, MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari, Selasa lepas.

Ia melibatkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai yang dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat.

Sementara itu, Zulkapli berkata satu jalan alternatif juga dibina buat sementara waktu bagi memudahkan pegawai terlibat menjalankan tugas seperti biasa serta untuk mengeluarkan kenderaan MACA dari kawasan akademi itu dengan kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dua minggu.

Selain itu, katanya kerja-kerja pemasangan alat pengesan pergerakan tanah di lokasi runtuhan dilakukan bermula hari ini bersama-sama kerja-kerja pembersihan runtuhan.

“Kita akan pasang sensor untuk pantau sama ada pergerakan tanah atau tidak. Dari situ kita akan buat reka bentuk yang betul dan dalam sesingkat mungkin akan cuba buat balik akses sebagaimana sedia ada... bergantung kepada keadaan tanah," katanya.

Penilaian dan analisis bersama JKR dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam mengekalkan keputusan siasatan awal sebelum ini yang mendapati punca kejadian pada Selasa lepas adalah disebabkan dua faktor utama iaitu takungan air di sebelah pagar MACA serta kebocoran paip di bawah tanah yang telah berusia 40 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad