web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Ibarat Seluang Makan Umpan Tapi Hanya Tinggalkan Mata Pancing Kosong’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 1:36PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan rakyat Kelantan terutamanya golongan perantau agar tidak mudah terpengaruh dengan ‘umpan’ pihak lawan yang berusaha menarik undi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, golongan tersebut perlu menjadi seperti ikan seluang yang memakan umpan tetapi hanya meninggalkan mata pancing yang kosong.

“Seluang ialah spesies ikan kecil yang paling dibenci kaki pancing, kerana hanya memakan umpan dan meninggalkan mata pancing sebelum sempat dimakan ikan besar yang mahu ditangkap.

“Ia menyebabkan pemancing sangat kecewa dengan gangguan ikan kecil itu yang menghabiskan umpan tanpa memperoleh sebarang hasil,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, beliau berkata, perkara itu sepatutnya menjadi iktibar kepada semua rakyat Kelantan supaya mereka tidak terjerat dengan umpan dipasang pihak lawan sehingga merosakkan diri sendiri.

Malah, katanya, peringatan disuarakannya itu sama seperti pesanan pernah disampaikan mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Almarhum mendidik rakyat Kelantan dengan kata-katanya yang terkenal iaitu bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi bulan (PAS).”

“Laksana seluang yang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.

“Bersama slogan ini PAS berjaya menawan Kelantan dan mempertahankannya sehingga berjaya menawan Terengganu dan Kedah, serta akhirnya Perlis,” katanya.

Susulan itu, beliau menyamakan kisah seluang tersebut dengan golongan perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan tiket yang diumpan parti lawan, sehingga ada yang terpaksa memasang bendera parti lawan yang menyumbang duit mereka.

Namun, katanya, golongan tersebut tetap tidak boleh dipancing undi mereka.

“PAS berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang bersih daripada penyakit rasuah, walaupun terbatas kewangannya namun tetap teguh memerintah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PRN yang akan diadakan tidak lama lagi menjadi ujian keinsafan sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Tegas beliau, walaupun anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah dengan meletakkan harga diri manusia berpandukan akal dan kebijaksanaannya tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.

“Dalam pada itu, ada kalangan mereka yang berilmu dan berijazah berjela-jela panjangnya dan banyak senarai gelarannya, tetapi meletakkan akal ke dalam perutnya. Sifat yang tidak sepatutnya berada pada orang-orang yang beriman.

“Sesungguhnya, kesilapan politik akan merosakkan agama, umat dan negara yang pasti lebih besar akibatnya.

“Ia amat memalukan apabila dibandingkan manusia yang tidak menggunakan akal dan ilmunya dengan betul bersama binatang yang tidak berakal,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad