web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sila Hentikan Perbuatan Jatuhkan Kerajaan Perpaduan - MUDA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:20PM

Amira Aisya Abd Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa semua pihak menghentikan segala perbuatan yang menjurus kepada cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, rakyat akan hilang kepercayaan kepada ahli politik jika mereka masih meneruskan tindakan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, pada ketika ini, pelbagai pihak khususnya rakyat amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan boleh menggerakkan ekonomi negara.

“Tingkah laku seperti ini harus dihentikan. Apa yang rakyat Malaysia perlukan sekarang ialah kerajaan yang stabil. Untuk ekonomi kita. Untuk rakyat.

“Selagi berterusan, semakin ramai orang hilang kepercayaan kepada ahli politik,” ciap Amira Aisya menerusi kenyataan di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan The Vibes, berhubung usaha pembangkang untuk menggulingkan kerajaan secara paksa.

Khabarnya, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dipujuk individu penting daripada blok pembangkang untuk meninggalkan kesetiaan mereka kepada parti dengan mengorbankan kerusi dimenangi.

The Vibes yang memetik kenyataan sumber melaporkan, sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN menjadi sasaran dalam konspirasi untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, partinya memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan, malah akan melaksanakan peranan dalam memperkukuh ekonomi dan perkara berkaitan kepentingan rakyat.

Katanya, ia berbeza dengan laporan sebuah portal berbahasa Inggeris yang mendakwa, kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, artikel itu mengandungi kenyataan yang memetik dakwaan sumber dan disifatkan sebagai tidak berasas.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, laporan terbabit sebenarnya perlu menunjukkan bukti bagaimana penglibatan dimaksudkan, sedangkan MCA sendiri tidak tahu kewujudan usaha atau percubaan seumpama itu. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan