web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Datuk, Cucu Mangsa Kemalangan Dikebumi Dalam 1 Liang Lahad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 5:03PM

Ahli Keluarga mengangkat jenazah Abd Halim Ismail, 71, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Jenazah datuk dan cucu tiri yang maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis, di sini tengah hari tadi.

Mangsa, Abd Halim Ismail, 71, yang maut di tempat kejadian dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2, yang meninggal dunia di Hospital Kemaman akibat pendarahan otak, dikebumikan dalam satu liang lahad pada 12.45 tengah hari tadi selepas solat jenazah di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.

Bapa kepada Alisha Mardhiah, Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 30, berkata beliau tidak menyangka perubahan sikap yang ditunjukkan anaknya petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Beliau yang merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di  Kuala Lumpur, berkata beberapa hari sebelum kejadian Alisha Mardhiah yang lebih mesra dengan panggilan Icha enggan bermain dengannya dan hanya mahukan ibunya.

“Sejak pulang ke rumah Khamis lepas, Icha seperti tak mahu berenggang dengan ibunya ... dengan saya pun dia susah nak dekat.

“Dalam hati memang terasa agak pelik, tetapi saya sangka ia hanya perangai budak-budak. Mungkin juga sebab kami tinggal berjauhan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis hari ini.

Muhammad Ubaidillah Zikri berkata kemalangan semalam berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Batu Rakit selepas menghadiri rumah terbuka sepupu isterinya di Perasing.

Menurut beliau ibu mertuanya, Zaiton Mohamad, 57, masih dirawat di Hospital Kemaman akibat patah paha, manakala isterinya, Nurul Fatihah Azman, 28, yang patah tangan dibenarkan pulang untuk menghadiri majlis pengebumian anak perempuan mereka.

“Menurut doktor, anak dalam kandungan isteri yang berusia lima bulan juga telah meninggal dunia akibat hentakan kuat. Rawatan susulan akan diberikan selepas ini,” katanya.

Dalam kejadian semalam, enam mangsa termasuk Abd Halim dan Alisha Mardhiah maut, manakala tujuh lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung.

Empat lagi mangsa yang maut ialah Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Tuan Yah Dollah, 61; dan Rosliza Mat Hussin, 38. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad