web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belum Ada Permohonan Rasmi Ahli Parlimen Pembangkang Bincang Peruntukan - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 3:02PM

Fadillah berkata sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Mengakui bahawa baru-baru ini beliau dan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengadakan perjumpaan, namun ia adalah pertemuan tidak rasmi.

“Saya dah bagi tahu kepada mereka (PN) untuk buat tawaran (permohonan) secara hitam putih, selagi kita (kerajaan MADANI) belum terima surat rasmi bermakna tidak akan berlaku sebarang rundingan.

“Kalau kita ingat, sewaktu kerajaan Keluarga Malaysia ada Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dan ada rundingan. Jadi yang ini belum berlaku… macam orang meminang, macam mana nak bincang kalau orang tak menawarkan,” katanya dengan nada berseloroh.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Fadillah sebelum ini dilaporkan telah meminta Takiyuddin mengemukakan perincian cadangan secara bertulis, sebelum rundingan mengenainya dimulakan.

Selain itu, beliau juga tidak menetapkan had masa khusus untuk Ketua Whip Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan.

PN telah melantik tiga wakil yang terdiri daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan Takiyuddin untuk menyertai rundingan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad