web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


18,000 Hadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 6:27PM

Orang ramai beratur panjang untuk mengunjungi Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah di Istana Besar Johor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 18,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama mengambil kesempatan meraikan hari kedua Syawal dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Besar Johor, hari ini.

Bukan sahaja rakyat tempatan, malah pengunjung dari luar negara menunggu seawal 7 pagi di luar istana, sebelum dibenarkan masuk tepat 9 pagi.

Sultan Ibrahim yang memakai kemeja berwarna biru, tiba di Istana Besar tepat 10 pagi.

Baginda berkenan meluangkan masa lebih sejam bertemu rakyat dengan diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Turut berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. Berangkat sama, anakanda baginda iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Seorang peniaga, Mohd Shafie Abdullah, 49, berkata dia bersama sembilan ahli keluarga bertolak dari Kluang seawal 6 pagi untuk tiba awal di istana.

“Ini kali pertama saya ke sini, tak pernah rasa macam ini, saya gembira dapat merasai kemeriahan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor. Semuanya baik,” katanya kepada pemberita.

Suri rumah, Azalila A. Samad, 49, berkata dia dan keluarga tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor setiap kali terdapat penganjurannya.

“Tengoklah sendiri, suasana meriah dengan pelbagai kaum hadir bawa keluarga.

“Walaupun saya orang Melaka, ahli keluarga saya orang Johor semuanya. Kami memang sangat sayang Sultan Johor dan mesti datang kalau Sultan anjurkan apa-apa,” katanya yang datang bersama suami dan lima anak.

Ahli geologi Low Wan Ching, 35, pula berkata ini pertama kali beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor.

Low dari Kuala Lumpur dan bercuti di rumah pak ciknya di bandar raya ini berasa sangat bertuah kerana merasai sendiri kemeriahan serta dapat menjamu selera di majlis itu.

Kali terakhir Sultan Ibrahim menganjurkan rumah terbuka ialah pada 2019 di Istana Pasir Pelangi, di sini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar