web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Redah Api Cuba Selamatkan Isteri Namun Gagal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 12:06PM

Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang suami meredah api marak untuk menyelamatkan isterinya yang terperangkap dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Gerowot di Kuala Penyu, Sabah, pagi ini tidak berjaya, apabila wanita itu ditemukan rentung.

Lebih menyedihkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, Jumin Ansiu, 52, melecur lengan kiri dan kanan serta bahu dan belakang badannya sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Penyu untuk mendapatkan rawatan.

Isterinya, Ninik Yanuwati, 48, ditemukan rentung di ruang tamu tingkat dua, manakala anak perempuan mereka berusia 13 tahun dan lelaki sembilan tahun serta ibu Jumin, Sinap Suram, 78, terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.57 pagi.

Susulan panggilan itu, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 80 peratus. Turut terbakar sebuah kereta jenis Proton Iswara.

“Sebaik api dipadamkan, terdapat seorang mangsa wanita ditemui rentung di ruang tamu tingkat dua dan seorang lagi mangsa lelaki, iaitu suami mangsa melecur,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi pemadaman ditamatkan jam 10.10 pagi,” katanya. – Getaran, 23 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan