Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penerbangan Butik Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam 3 Tahun - Abang Jo

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 7:08PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Syarikat penerbangan butik Sarawak dijangka mula beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang selepas menerima lampu hijau daripada kerajaan Persekutuan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beri saya masa. (Ia akan menjadi) kurang daripada tiga tahun,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau akan membuat pengumuman mengenai syarikat penerbangan itu bulan depan.

“Mereka (Kabinet Persekutuan) pada dasarnya bersetuju. Sebenarnya, saya sudah buat kajian. Model perniagaan akan berbeza, saya tidak boleh mendedahkannya.

“Kami berharap model perniagaan ini membolehkan kami menjalankan syarikat penerbangan ini, kemudian kami akan menampung kos kerana kami tidak mengutamakan keuntungan,” katanya.

Menjawab soalan, Abang Johari berkata pilihan pesawat sedang dipertimbangkan, dengan Pengerusi Hornbill Skyways, Tan Sri Amar Abdul Aziz Husain dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya empat pesawat diperlukan untuk memulakan.

“Kami sedang melihat pesawat jet bersaiz sederhana. Apabila anda mempunyai 60 peratus tempahan, maka ia sudah baik,” kata Abang Johari.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasaran kini tidak terkawal dengan syarikat penerbangan menaikkan tambang.

“Jadi untuk menstabilkan tambang, anda perlu campur tangan dalam pasaran,” katanya sambil menambah bahawa beliau sudah membuat kajian mengenai perkara itu dan tidak akan meneruskan tanpa mengenal pasti risiko.

Pada masa sama, beliau menegaskan dengan pengalaman dimiliki melalui Hornbill Skyways, model perniagaan baharu itu akan membolehkan Sarawak mempunyai syarikat penerbangan serantau butik.

“Kami tidak menumpukan pada keuntungan, jika anda boleh menampung kos, itu sudah cukup baik. Lagipun yang mendapat manfaat ialah pemain pelancongan, kedai kopi, pengusaha kek lapis dan sebagainya.

“Apabila anda mengira pulangan, ia akan menjadi (untuk) keseluruhan spektrum dalam industri pelancongan,” katanya.

Abang Johari juga tidak menjawab sama ada tambang syarikat penerbangan butik itu akan lebih rendah, berbanding syarikat penerbangan lain.

“Anda perlu ingat sebelum saya menjadi YB (wakil rakyat), saya berada dalam industri penerbangan. Jadi ‘sik dapat tipu-tipu’ (saya tidak boleh berbohong),” katanya.

Berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii bahawa penubuhan syarikat penerbangan itu akan memberi kesan negatif kepada ekonomi Sarawak, Abang Johari mempersoalkan logik Ahli Parlimen DAP terbabit.

“(Ia serupa dengan) Autonomous Rapid Transit. Mereka (DAP) ragu-ragu. Mereka juga ragu-ragu berhubung ekonomi digital (dimulakan oleh saya) dan mengenai Sarawak Pay. Tetapi sekarang anda lihat (mereka sudah menukar pandangan mereka). Biar masa menentukan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditanya mengenai syarikat penerbangan butik itu berkata, ia akan menjadi entiti baharu dan tidak akan dijenamakan menggunakan jenama Sarawak sedia ada, seperti Hornbill Skyways.

“Syarikat penerbangan butik itu akan menjadi entiti baharu, walaupun kami belum mengeluarkan sebarang nama khusus untuk syarikat penerbangan butik itu. Hornbill Skyways akan terus wujud sebagai entitinya sendiri dan meneruskan perkhidmatan biasa,” katanya.

Karim juga berkata beliau menjangkakan proses itu mengambil masa kurang tiga tahun, memandangkan kerajaan negeri serius untuk menubuhkannya.

“Sarawak terletak di pulau Borneo dan kami mahu lebih ramai orang boleh pergi dan balik negeri dengan lebih mudah, apakah cara lebih baik bagi membantu mereka selain dengan menubuhkan syarikat penerbangan untuk mereka berbuat demikian? Lagipun, perjalanan udara adalah cara terpantas untuk melakukan perjalanan,” katanya. - Borneo Post Online, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 3 jam yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja