web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Whatsapp Tular Dakwaan Polis Halang Upacara Keagamaan Palsu, Berniat Jahat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 12:28PM

PDRM menghormati hak menjalankan aktiviti keagamaan bagi setiap individu di negara ini yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kandungan Whatsapp bertajuk ‘Ketua Polis Daerah Menghalang Kaum India Menunaikan Sembahyang Hajat di Buntong Dalam Perayaan Tahunan Kuil Idugathu Kaliamman’ yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, adalah palsu dan berniat jahat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kandungan itu juga bertujuan ingin menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh dalam kalangan masyarakat umum.

Katanya, PDRM menghormati hak menjalankan aktiviti keagamaan bagi setiap individu di negara ini yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, malah tidak pernah menghalang mana-mana individu menjalankan upacara sembahyang keagamaan.

“Dalam perkara ini, PDRM Daerah Ipoh hanya memberi nasihat dan meminta kerjasama daripada pihak kuil supaya menangguhkan perarakan Chariot dan Kabadi pada 21 hingga 23 April lalu kerana ia pertembung dengan tarikh Aidilfitri.

“Dengan jangkaan kehadiran seramai 25, 000 penganut, sudah pastinya perarakan  dirancang itu, akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan luar biasa, selain memberi risiko keselamatan ketenteraman awam di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, pihak polis tiada halangan terhadap sebarang aktiviti keagamaan diadakan di kawasan kuil tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Yahaya berkata, bagi makluman, wakil pihak penganjur aktiviti keagamaan itu sudah diterangkan dengan jelas mengenai perkara berkenaan dan mereka memahami pandangan serta bersetuju dengan nasihat polis.

“Pihak penganjur juga menafikan kepada polis mengenai keterlibatan mereka dalam penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah terbabit.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai  dinasihatkan agar tidak terpedaya oleh tuduhan tidak berasas dan membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan pesanan Whatsapp terbabit, sehingga menjejaskan  kredibiliti pihak polis, mahupun mendatangkan kegusaran  dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan penulisan terbabit di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

4

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad