web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri Bukan Lesen Bazir Berbelanja, Elak Sikap ‘Biar Papa Asal Bergaya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:14AM

Janganlah kita terlalu ghairah berbelanja Aidilfitri ini - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyediakan pelbagai kelengkapan, seperti pakaian baharu, juadah, barangan rumah, perabot dan dekorasi kediaman sudah menjadi kelaziman umat Islam saban tahun menjelang Syawal.

Namun dalam persediaan itu, ada pula terlalu ghairah berbelanja dengan membeli barangan keperluan bagi memenuhi kehendak berbanding keperluan, semata-mata untuk kemeriahan dan kepuasan.

Hakikatnya, seperti sering kita dengar, bersederhana ketika  berbelanja lebih memadai untuk meraikan Aidilfitri kerana negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan pemulihan ekonomi. 

Perkara itu turut diakui Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow yang berkata, biarpun tidak menjadi kesalahan berbelanja lebih bagi meraikan hari lebaran bersama keluarga, ia harus dikawal sebaiknya. 

Menurutnya, apa yang membimbangkan, ibarat biar ‘papa asal bergaya’ ada dalam kalangan umat Islam sanggup berbelanja melangkaui kemampuan kewangan sendiri sehingga terpaksa berhutang demi keseronokan diri.

Umat Islam harus memahami dan mengingatkan bahawa sambutan hari raya juga bukan lesen untuk mereka menukar segala perkakas di kediaman, dengan membeli barangan baharu, seperti perabot, karpet, langsir dan sebagainya - Gambar Hiasan
Umat Islam harus memahami dan mengingatkan bahawa sambutan hari raya juga bukan lesen untuk mereka menukar segala perkakas di kediaman, dengan membeli barangan baharu, seperti perabot, karpet, langsir dan sebagainya - Gambar Hiasan

“Malaysia serta hampir semua negara di dunia sedang mengalami masalah pertumbuhan ekonomi akibat daripada penularan virus COVID-19 pada awal tahun 2020.

“Keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup pada ketika ini juga, menuntut kita semua mengamalkan gaya hidup lebih bersederhana, berjimat-cermat serta bijak berbelanja, jadi kita harus beringat.

“Adalah penting untuk umat Islam tidak melakukan perbelanjaan di luar kemampuan diri ketika Aidilfitri, sehingga boleh menyebabkan diri terjebak dalam kancah hutang yang berisiko membawa kepada muflis,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, umat Islam harus memahami dan mengingatkan bahawa sambutan hari raya juga bukan lesen untuk mereka menukar segala perkakas di kediaman, dengan membeli barangan baharu, seperti perabot, karpet, langsir dan sebagainya.

“Kita seharusnya berbelanja mengikut kemampuan diri. Bak kata peribahasa, ukur baju di badan sendiri. Tidak seharusnya ikut cara orang lain kerana setiap manusia memiliki tahap kemampuan kewangan masing-masing,” katanya. 

Dalam pada itu, Muzaffar Syah berpandangan, umat Islam disaran mempraktikkan amalan kitar semula menggunakan barangan sedia ada dan mengunakan daya kreativiti sendiri supaya rumah kelihatan menarik, bersih serta ‘baharu’.

Umat Islam disaran mempraktikkan amalan kitar semula menggunakan barangan sedia ada dan mengunakan daya kreativiti sendiri supaya rumah kelihatan menarik, bersih serta ‘baharu’ - Gambar Hiasan
Umat Islam disaran mempraktikkan amalan kitar semula menggunakan barangan sedia ada dan mengunakan daya kreativiti sendiri supaya rumah kelihatan menarik, bersih serta ‘baharu’ - Gambar Hiasan

“Ini boleh dilakukan dengan menyusun atur semula perabot yang ada mengikut suasana raya, membersihkan segala perkakas atau barangan dalam rumah. 

“Jika cara ini dilakukan, sudah pasti barangan sedia ada yang dimiliki akan kelihatan cantik dan seolah-olah seperti baharu,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan umat Islam untuk sentiasa bersederhana dalam segala tindakan dan pembelian ketika meraikan Aidilfitri. 

Katanya, semua tindak tanduk mereka juga perlu dikawal agar tidak melampaui batas adab kesopanan yang munasabah, termasuk dari segi menikmati makan, minum, berpakaian, bergembira serta pergaulan. 

Perayaan, ujarnya, bukan kesempatan untuk individu melakukan pembaziran sehingga wang ringgit dihabiskan secara berlebihan atau hanya untuk bersuka ria tanpa mempedulikan batas hukum agama dan adat ketimuran.

"Kita mesti sedar perkara itu, perlakuan keterlaluan dari segi makan minum boleh memudaratkan tubuh badan dan harta benda kita, malah ia boleh memberi kesan negatif terhadap kemasyarakatan,” katanya. 

Wan Salim menyeru umat Islam tidak boros dan perlu menghentikan perbuatan pembaziran, termasuk ketika Aidilfitri - Gambar Hiasan
Wan Salim menyeru umat Islam tidak boros dan perlu menghentikan perbuatan pembaziran, termasuk ketika Aidilfitri - Gambar Hiasan

Wan Salim berkata, ketika berbelanja, umat Islam di Malaysia seharusnya mengenangkan nasib saudara seagama di beberapa negara yang terpaksa menempuh penderitaan dan kesedihan.

Pada masa sama, jelasnya, sebagai masyarakat prihatin, sepatutnya umat Islam juga saling bantu-membantu jiran yang berada dalam serba kekurangan.

“Kita seharusnya lebih peka dengan kawasan rumah kita dan memberi bantuan kepada insan memerlukan. 

“Tindakan berkenaan akan membuatkan kita muhasabah diri bahawa di sebalik kesenangan dikecapi, masih ramai tidak bernasib baik,” katanya. 

Justeru, Wan Salim menyeru umat Islam tidak boros dan perlu menghentikan perbuatan pembaziran, termasuk ketika Aidilfitri.

“Gunakanlah peluang hari perayaan ini untuk membantu golongan susah sebagai tanda bersimpati kepada sesama hamba Allah, selain berbelanja secara berhemah,” katanya. - Getaran, 21 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad