Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syukuri Nikmat Kebebasan Beragama, Ambil Iktibar Musibah Di Palestin - Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 8:49PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah yang menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama.

Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.

“Merentasi pelbagai sempadan dan perbezaan, rakyat Malaysia meraikan kedatangan hari kebesaran pelbagai agama dengan penuh keharmonian serta saling menziarahi.

“Rakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada Allah SWT,” titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio malam ini.

Baginda bertitah keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin bilamana rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat di bulan Ramadan.

Al-Sultan Abdullah bertitah bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.

“Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel,” titah baginda.

Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta ini.

“Marilah kita membentuk dan sebatikan dalam setiap sanubari, jiwa serta raga untuk menjunjung kesetiaan kepada raja dan negara sebagai landasan pencetus perpaduan yang utuh untuk dijadikan bekalan bagi membentuk masa depan negara yang gemilang,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengambil kesempatan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkesan dalam konflik di Sudan.

“Semoga konflik di Sudan dan Palestin akan menemui titik noktah kedamaian,” titah baginda.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini terutama petugas perkhidmatan kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak yang menggalas amanah menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.

Baginda turut menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang serta selamat tiba ke destinasi dituju bagi meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang.

Mengakhiri titah, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada agar sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah SWT.

“Marilah bersama kita berdoa semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dalam satu semangat perpaduan yang utuh serta maju jaya melangkah menuju masa hadapan yang gemilang,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa 9 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown