web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konflik Sudan: 2 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Lokasi Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 6:09PM

Zambry Abd Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan berjaya membawa keluar dua rakyat negara ini dari tempat mereka ke lokasi selamat.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pegawai berkenaan turut membantu dua warga Kanada, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dua dari United Kingdom (UK) keluar dari lokasi mereka.

Menurut beliau, operasi pemindahan itu dilakukan setelah membuat penilaian mendalam dan menerima mandat daripada Pasukan Khas Wisma Putra.

“Saya ingin memaklumkan bahawa walaupun operasi ini amat berisiko tinggi, ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

“la susulan daripada laporan terkini pertempuran antara Sudanese Armed Forces (SAF) dan Rapid Support Forces (RS) yang semakin meruncing di kebanyakan lokasi di Khartoum sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Zambry lagi, operasi pemindahan berkenaan adalah sebagai langkah persediaan Kedutaan Besar Malaysia mengumpul rakyat negara ini di satu lokasi yang selamat, bagi proses pemindahan keluar dari Khartoum kelak.

“Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, situasi di Sudan amat kompleks. la berubah setiap masa dengan kedua-dua pihak yang bertelagah masih meneruskan pertempuran.

“Gencatan senjata yang telah diusulkan beberapa kali oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan AS langsung tidak dipatuhi mereka,” katanya.

Justeru, beliau memohon doa rakyat Malaysia agar Allah menjaga dan melindungi keselamatan rakyat Malaysia di Sudan.

“Semoga operasi membawa mereka pulang ke tanah air dipermudahkan-Nya,” katanya.

Setakat ini, hampir 300 dilaporkan maut akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.

“Keadaan di Sudan semakin membimbangkan dan menyayat hati. Hampir 300 meninggal dunia setakat ini manakala lebih 3,000 cedera.

“Saya mengecam semua serangan maut, terutamanya serangan ke atas orang awam dan institut kesihatan,” lapor agensi Anadolu yang memetik ciapan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter, kelmarin.

Ujarnya, akses kepada bekalan elektrik, makanan, air, kakitangan dan bekalan perubatan semakin berkurangan, menjadikan hampir mustahil untuk banyak kemudahan kesihatan berfungsi dengan sempurna apabila terdapat ribuan mangsa cedera dan memerlukan rawatan segera. - Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek