web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Laksana Kadar Khas Bayaran Saman RM50 Setiap Satu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 1:12PM

PDRM melaksanakan kadar khas bayaran saman dengan potongan hampir 85 peratus hingga 86 peratus berjumlah RM50 bagi setiap satu untuk semua saman trafik pada 2022 dan sebelumnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata kadar khas itu julung kali dilaksanakan oleh pihak PDRM bagi memberi peluang ke atas saman yang tidak boleh dikompaun untuk diselesaikan. 

Beliau berkata potongan hampir 85 hingga 86 peratus tersebut untuk menzahirkan hasrat kerajaan menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan dihadapi masyarakat. 

“Kita buka semua saman yang sebelum ini kita sekat contoh saman-saman yang tidak boleh dikompaun dan perlu ke mahkamah. 

“Kita buka kerana keluhan masyarakat yang jika (saman) disekat tidak boleh dibuat pembaharuan lesen, pembaharuan cukai jalan jadi kita buka supaya masyarakat semua boleh merasai dan dapat kemudahannya,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di laluan alternatif Gua Musang di sini semalam.

Mat Kasim berkata walau bagaimanapun tawaran terbabit tidak sah untuk kes saman yang masih melalui proses perbicaraan di mahkamah. 

“Cuma kita sekat hanya kes-kes melibatkan pihak ketiga, contohnya kes dalam perbicaraan yang itu kami tak boleh kerana masih tergantung dengan perbicaraan dan sebagainya,” katanya. 

Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat supaya mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan malah tempoh pembayaran juga diberi sehingga selepas perayaan Aidilfitri. 

“Saya mahu tekankan saman yang tidak boleh dikompaun itu perlu diambil kesempatan ini (kerana) sebelum ini tidak pernah (dilaksanakan) dalam sejarah PDRM kerana kami terikat pada peraturan tetapi kerajaan tengok apa yang boleh dibantu, maka kita bantulah sebaik mungkin. 

“Janganlah tergesa-gesa untuk membuat pembayaran, sambutlah Aidilfitri dahulu kita bagi sebulan ada masa lagi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam