web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Mekanisme Tangani Isu Tiket Penerbangan Mahal Ke Sabah, Sarawak - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 9:17AM

Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi mengatasi masalah harga tiket penerbangan mahal menjelang semua musim perayaan terutama bagi laluan ke Sabah dan Sarawak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi mengatasi masalah harga tiket penerbangan mahal menjelang semua musim perayaan terutama bagi laluan ke Sabah dan Sarawak.

Menteri berkenaan Anthony Loke berkata beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet yang lepas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.

“Pihak kementerian juga cari jalan dan inisiatif menyelesaikan masalah ini bukan sahaja untuk sambutan Hari Raya malah perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

“Malah hampir dua bulan lalu pelbagai perancangan dan perbincangan telah dibuat umpamanya tambah kuota tiket sejak Mac lepas bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 malam ini. 

Beliau berkata pihak kementerian sedang merangka inisiatif bagi membantu pelajar yang ingin pulang bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi juga cuti semester.

Kumpulan sasaran bagi inisiatif itu ialah pelajar di institut pengajian tinggi awam dan mereka akan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“(Mekanisme) ini juga sedang kita perincikan tetapi yang utama, kita sudah mengenal pasti dan dapatkan data pelajar dari Sabah serta Sarawak yang menuntut di Semenanjung.

“Begitu juga pelajar Semenanjung yang menuntut di dua negeri itu. Kumpulan ini ada lebih 50,000 orang dan kita sudah sasarkan mereka ini bakal dibantu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad