web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Tahan 15 Individu Terlibat Sindiket 'Phone Scam'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 7:03AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis  menahan 15 individu yang disyaki terlibat sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyasarkan mangsa dari Taiwan, dalam serbuan dilakukan di sekitar ibu negara.

Daripada jumlah itu 12 adalah warga Taiwan terdiri 11 lelaki dan seorang wanita serta baki tiga wanita merupakan warga China, yang kesemuanya berusia lingkungan 22 hingga 43 tahun.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata serbuan berkenaan dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan yang dilakukan sejak beberapa bulan lepas.

“Hasil serbuan juga menemukan satu buku mempunyai beberapa muka surat yang ditulis dalam bahasa Cina dan dipercayai skrip bagi penipuan itu.

“Polis turut merampas antaranya 19 unit telefon bimbit, sembilan keping pasport warganegara asing serta wang tunai RM2,745 dan US$200,” katanya dalam kenyataan sambil menambah bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hasil siasatan PDRM berjaya mendapatkan arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa kesemua 15 individu itu di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan iaitu Pakat Jahat Jenayah.

“Kesemua tangkapan itu telah dituduh pada hari ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta dan kesemua mereka mengaku tidak bersalah serta direman di Penjara Sungai Buloh sehingga tarikh sebutan semula pada 19 Mei ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad