web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajaan Umrah, Inisiatif Malik Streams Bantu Golongan Memerlukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 6:05PM

Proses pemilihan akan mula dilakukan sekitar Ogos nanti untuk memilih jemaah yang benar-benar layak. - Gambar Malik Streams Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan sememangnya sering dijadikan platform oleh pelbagai syarikat korporat dan individu perseorangan untuk menghulur sumbangan.

Sama ada dalam bentuk juadah berbuka puasa atau barangan keperluan harian, sumbangan tersebut pastinya sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan memerlukan.

Dalam hal ini, Malik Streams Sdn Bhd milik Datuk Abdul Malik Dasthigeer tidak terkecuali.

Apa yang menarik, berbanding hanya memberi tumpuan kepada sumbangan berbentuk material, beliau turut mengambil pendekatan yang agak di luar kebiasaan, iaitu menaja 200 jemaah untuk menunaikan ibadat umrah.

Bercakap kepada Getaran, Abdul Malik berkata, program umrah amal itu bakal dilaksanakan Oktober nanti, dan pihaknya masih meneliti semua permohonan yang diterima.

Menurut beliau, Malik Streams setakat ini sudah menerima lebih 800 borang permohonan untuk program umrah amal berkenaan.

“Proses pemilihan akan mula dilakukan sekitar Ogos nanti untuk memilih jemaah yang benar-benar layak.

“Untuk itu, mereka perlu melepasi beberapa kriteria khusus yang ditetapkan, agar tajaan tersebut menepati objektif utama ia diwujudkan,” katanya.

Jelas beliau, nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya harus dikongsi bersama sebagai tanda kesyukuran.

Majlis itu turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada anak yatim, asnaf, warga asing, orang kelainan upaya (OKU), komuniti Orang Asli serta pihak lain yang memerlukan. - Gambar Malik Streams Sdn Bhd
Majlis itu turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada anak yatim, asnaf, warga asing, orang kelainan upaya (OKU), komuniti Orang Asli serta pihak lain yang memerlukan. - Gambar Malik Streams Sdn Bhd

“Tajaan umrah ini bukan kali pertama. Ia pernah dilakukan sebelum ini, bermula daripada hanya beberapa jemaah, kini jumlahnya terus bertambah.

“Saya percaya, semakin banyak kita memberi, semakin meningkat pula ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Insya Allah,” katanya.

Abdul Malik yang bertanggungjawab menguruskan kedatangan aktor Rajinikanth ke Malaysia untuk penggambaran filem Kabali pada 2015 memberitahu, Malik Streams telah membelanjakan lebih RM500,000 sepanjang Ramadan tahun ini.

Katanya, ia mencakupi pemberian sumbangan untuk anak yatim, asnaf, warga asing, orang kelainan upaya (OKU), komuniti Orang Asli serta pihak lain yang memerlukan.

“Projek amal ini tidak hanya tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja, tetapi dilaksanakan di seluruh negara.

“Setiap minggu sepanjang Ramadan, saya akan turun ke setiap negeri untuk menyampaikan sumbangan zakat kepada yang memerlukan,” katanya.

Hebahan itu jelas beliau, bukan untuk bermegah tetapi sebagai pendorong agar lebih ramai pihak tampil ke depan menghulurkan bantuan.

“Apa yang kami lakukan ini adalah memastikan tidak ada yang tertinggal. Kami akan dapatkan maklumat daripada agensi kerajaan, rumah kebajikan dan orang perseorangan sebelum bergerak ke mana-mana negeri.

“Alhamdulillah, penyusunan yang sistematik membantu syarikat mencapai sasaran bantuan ditetapkan,” katanya. - Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad