web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Diskaun Untuk Saman JPJ Tertunggak – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 9:38AM

Anthony Loke berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan menawarkan diskaun atau kadar tetap bagi saman tertunggak - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan menawarkan diskaun atau kadar tetap bagi saman tertunggak, berbeza dengan pengumuman terbaharu mengenai kadar penyelesaian khas bagi saman trafik yang dikeluarkan polis.

“Saya ikut apa yang diumumkan Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri mengumumkan (kadar khas) hanya untuk polis (saman trafik), maka ia untuk itu sahaja,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada The Vibes semasa lawatan kerjanya di Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan di sini, semalam.

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar khas RM50 selama sebulan yang bermula esok bagi pesalah trafik untuk menyelesaikan saman tertunggak yang dikeluarkan polis sebelum 2023.

Polis juga baru-baru ini mengumumkan tawaran sehingga 60 peratus untuk saman sempena Hari Polis ke-216.

Anthony Loke bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan buah tangan kepada pengunjung Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan
Anthony Loke bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan buah tangan kepada pengunjung Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan

Anthony hadir bersama-sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memeriksa operasi terminal dan memberikan buah tangan kepada pengunjung.

Pada sidang media itu, Dr Wan Azizah menzahirkan kebimbangan mengenai kadar kematian di jalan raya yang tinggi dengan berkata, laporan polis 2021 mendapati kemalangan jalan raya adalah punca kematian kedua tertinggi dalam kalangan mereka berumur 15 hingga 40 tahun dengan 1,741 kes.

Selain itu, kecederaan akibat kemalangan jalan raya dikenal pasti sebagai punca utama kematian kanak-kanak sehingga umur 14 tahun, diikuti lemas dan penyakit lain.

Di bawah pengawasan Anthony sejak 2018 dan dalam tempoh kedua sebagai menteri pengangkutan setakat ini, JPJ masih belum memulakan diskaun ke atas saman tertunggak.

Sementara itu, JPJ ketika diterajui mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dua tahun lalu, menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk 3.5 juta saman tertunggak, kecuali kes yang dibawa ke mahkamah.

Susulan langkah itu, jabatan tersebut berjaya mengutip hasil RM3.147 juta semasa sambutan ulang tahun ke-75 JPJ selama dua minggu dan diskaun berterusan sehingga akhir 2021 dengan kutipan RM6.47 juta. - The Vibes, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar